Pages

Thursday, July 02, 2009

puisi kenangan~

~After SPM 2006 at SMIH Jeram Kuala Selangor~


Kami abang-abang 19 tahun


Kami abang-abang 19 tahun,
Masa silih berganti,
Sedar-sedar sudah 7 tahun,
7 tahun kami berada di bumi wakaf hira',

Kami abang-abang 19 tahun,
Ingin berkongsi cerita,
7 tahun dahulu 7 jan 2000,
Kami di sambut oleh Muallim dan muallimah,
Pesannya kepada kami,
Kalau nak A boleh cari sekolah lain,
Kami tak janji di Hira',
Tapi kami janji rohani kamu kuat,
Bila hubungan kamu dengan Allah kuat,
Berjuta-juta A pasti datang,

Muallim dan muallimah
Mengenalkan kami kepada Allah rasul dan kiamat,
Mengajar kami islam,
Mendedahkan kami apa itu dakwah,

Kami abang-abang 19 tahun,
Sangat gembira dan suka,
Generasi kami telah mencapai,
3 tahun berturut-turut,
Keseluruhan 1,2 dan 3,
PMR kami ramai 7A,8A,9A,
Malahan hafiz Quran, 7 bulan 8 bulan 9 bulan
dan 11 bulan,

Kami abang-abang 19 tahun,
Faktor pendorong kami adalah....
Muallim dan muallimah,
Sangat hampir bersama kami,
Makan bersama-sama,
Tidur di dorm bersama,
Riadah bersama dan solat bersama,
Suka dan duka bersama,

Kami abang-abang 19 tahun,
7 tahun sudah berlalu,
Masa telah tiba untuk kami tinggal
sekolah tercinta ini,
Namun kini sedih dan pilu,
Keadaan sudah berubah,
Kasihan pada adik-adik,
A diutamakan daripada
Allah di dalam kelas,
Hubungan kami dengan
Muallim dan muallimah,
Bagaikan langit dan bumi,
Apa sudah jadi?

Inilah luahan kami,
Abang-abang 19 tahun,
Itu harapan kami,
Jadikan Allah agenda dalam kelas,
Jadilah rakan baik para pelajar.

Nukilan izzuddin selamat,pelajar Hira' batch 10~12

2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

hehe..template sama

manjaku

saifulriziamir said...

wah bersyukurlah kepada Allah, sejak di bangku sekolah kamu di kenalkan kepada Allah
gunakan potensi yg ada...
jangan jadi pegecut..
xberani bergerak adalah pengecut yg paling besar kerana membiarkan jahiliah terus bergerak..