"Formula kebangkitan umat mestilah berdasarkan teori Rasulullah dalam membangkitkan umat manusia"
Sunday, December 11, 2005
ciri2 pelajar skor A1 dlm KIMIA...by mllmh Noridah Seman
Berdasarkan pengalaman mllmh sebagai seorang guru kimia, pelajar- pelajar yang berpotensi skor A1 mempunyai ciri-ciri berikut :
1.
Menghormati guru kimia. Pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya menghormati mllmh. Mereka menghargai apa yang mllmh lakukan untuk meningkatkan prestasi pencapaian KIMIA mereka.
2.
Berminat terhadap KIMIA. Pelajar ini biasanya suka belajar KIMIA. Kadang-kadang mllmh menanya mereka mengapa suka KIMIA, pelajar-pelajar ini cuma menjawab : "Tak taulah mllmh, ana just suka saje". Beberapa orang pelajar yang skor A1 dalam KIMIA memberitahu mllmh mereka ingin memohon kursus Chemical Engineering selepas mendapat keputusan mereka.
3.
Membaca sebelum mllmh mengajar. Daripada tinjauan mllmh, pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya membaca sesuatu tajuk kimia sebelum mllmh mengajar. Kadang-kadang latihan yang belum disuruh buat sudah dijawab dengan lengkapnya. Ada pula meminjam nota daripada kelas lain yang saya mengajar lebih awal. Apabila mllmh mengajar, dia sudah ada nota dan hanya menumpukan perhatian terhadap keterangan mllmh sahaja.
4.
Selalu berbincang dengan mllmh, Pelajar ini biasanya akan berjumpa mllmh selepas pengajaran. Mereka akan menanya berbagai soalan yang mereka tidak faham atau keliru.
5.
Mempunyai pelbagai buku rujukanPelajar ini biasanya ada beberapa buah buku rujukan dan buku latihan tambahan.
6.
Membuat latihan dengan daya usaha sendiri, Pelajar ini membuat semua latihan yang mllmh berikan dengan daya usaha sendiri. Mereka tidak pernah menyalin jawapan daripada rakan-rakannya.
7.
Membuat persediaan lebih awal sebelum peperiksaan KIMIA, Pelajar ini biasanya membuat persediaan yang lebih awal sebelum ujian atau peperiksaan kimia. Mereka akan menanya mllmh skop ujian atau peperiksaan yang akan diadakan.
8.
Bertawakkal kepada Allah, Pelajar ini biasanya akan bertawakkal kepada Allah selepas mereka berusaha. Ini menambahkan lagi keyakinan dan potensi mereka untuk menceburi bidang ini.
firman Allah [faiza 'azamta fatawakkal 'alallah] & [innallaha yuhibbul mutawakkilin].
...............................................................
so, Adakah anda juga menunjukkan ciri-ciri di atas ?
Jika ya, maka tahniah ! Anda juga merupakan seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.
Jika tidak, maka jadikanlah ciri-ciri di atas sebagai panduan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)