Pages

Sunday, December 11, 2005

ciri2 pelajar skor A1 dlm KIMIA...by mllmh Noridah Seman


Berdasarkan pengalaman mllmh sebagai seorang guru kimia, pelajar- pelajar yang berpotensi skor A1 mempunyai ciri-ciri berikut :

1.
Menghormati guru kimia. Pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya menghormati mllmh. Mereka menghargai apa yang mllmh lakukan untuk meningkatkan prestasi pencapaian KIMIA mereka.

2.
Berminat terhadap KIMIA. Pelajar ini biasanya suka belajar KIMIA. Kadang-kadang mllmh menanya mereka mengapa suka KIMIA, pelajar-pelajar ini cuma menjawab : "Tak taulah mllmh, ana just suka saje". Beberapa orang pelajar yang skor A1 dalam KIMIA memberitahu mllmh mereka ingin memohon kursus Chemical Engineering selepas mendapat keputusan mereka.

3.
Membaca sebelum mllmh mengajar. Daripada tinjauan mllmh, pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya membaca sesuatu tajuk kimia sebelum mllmh mengajar. Kadang-kadang latihan yang belum disuruh buat sudah dijawab dengan lengkapnya. Ada pula meminjam nota daripada kelas lain yang saya mengajar lebih awal. Apabila mllmh mengajar, dia sudah ada nota dan hanya menumpukan perhatian terhadap keterangan mllmh sahaja.

4.
Selalu berbincang dengan mllmh, Pelajar ini biasanya akan berjumpa mllmh selepas pengajaran. Mereka akan menanya berbagai soalan yang mereka tidak faham atau keliru.

5.
Mempunyai pelbagai buku rujukanPelajar ini biasanya ada beberapa buah buku rujukan dan buku latihan tambahan.

6.
Membuat latihan dengan daya usaha sendiri, Pelajar ini membuat semua latihan yang mllmh berikan dengan daya usaha sendiri. Mereka tidak pernah menyalin jawapan daripada rakan-rakannya.

7.
Membuat persediaan lebih awal sebelum peperiksaan KIMIA, Pelajar ini biasanya membuat persediaan yang lebih awal sebelum ujian atau peperiksaan kimia. Mereka akan menanya mllmh skop ujian atau peperiksaan yang akan diadakan.

8.
Bertawakkal kepada Allah, Pelajar ini biasanya akan bertawakkal kepada Allah selepas mereka berusaha. Ini menambahkan lagi keyakinan dan potensi mereka untuk menceburi bidang ini.
firman Allah [faiza 'azamta fatawakkal 'alallah] & [innallaha yuhibbul mutawakkilin].

...............................................................

so, Adakah anda juga menunjukkan ciri-ciri di atas ?

Jika ya, maka tahniah ! Anda juga merupakan seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.

Jika tidak, maka jadikanlah ciri-ciri di atas sebagai panduan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.

4 comments:

iman inside said...

nice3~gud luck ye "DIK" spm~menghantuimu wahaha

imj said...

erm...
doakanla ye..
kenangi daku dalam doamu

mahasiswa said...

my NoWseeHearT 2 SPMstudents

dik pjalananmu masih pjg..
jgn gentar pd COUNTDOWN..
jgn patuh pd ancaman SPM
jgn putus asa semate2 SPM dah dekat
its ridicilous reason n unacceptable

so nk bwat ape ?
juz STUDY-STUDY-STUDY
walaupun lg 1hari nk exam
KIMIA mmg best ..

-MeStI TAU cArE StUdY yg BeTuL
(TgK care budak2 straight Ace's)

camane kene luangkan byk mase utk
kimia.. baper jam 2-3-5-6 ?
ar konfiuS :P

Kalau byk mase utk kimia camner UTK
add maths n physics.. bahagikn mase
dgn betul...

ape yg korang blaja kat skul
xder ar byk sgt.. anggap bende
nie sket dan kene selalu study

nnt kalau korang blaja kat matrix
KIMIA akan tbahagi kpd 2...
-Physical Chemistry (pngiraaa)
-Organik Chemistry (lebih kpd phafaln)

KIMIA SGT SENANG DAN SERONOK kerane semua bende disekeliling anda adalah KIMIA..

furthermore.. kalau adik smbung pngajian di IPTA maybe adik nk truskn bidang KEJURUTERAAN or PERRUBATAN or SCIENCES or pGURUan or ape2 lgie lar.. KIMIA IS IMPORTANT thing.. biasenye kbyakan kos akan ambil kimia semula sepeti engineering n medic.. walaupun kedua2 itu kos yg sgt jauh berbeda

walaupun suject tu tak reveal CHEMISTRY tapi biasenye dier akan bcantum dgn kos yg kite nk so name dier dah tukar tp ade unsur KIMIA..

Its is long journey.. dont make CHEMISTY is Load 4 u.. One Day you will know how easy to score if u can
go back to the past..

-masyallah ana comment mcm ana buat blog ana sendri.. sori empunye blog nie.. jgn jelez ye telalu pjg..

Doa ibu amat berharga
Doa semase ramadhan mudah dipekenan
Bangun 1/3 mlm ketike member tgh tido.. -_- zZZZ .. kejut sekali dier agar tunaikn TAHAJUD yg tak tenilai ganjarannya.. dan bedoalah

BUkan nak DOA aje tp tak usaha..

mesti ikut prosedur okay..

Usaha_Doa_Tawakal

bukan: Doa_Jawab(main-teka)_tawakal

RmemBer Allah Always

*Insyallah bukan KIMIA je A1 sumer A1.. physic addmats matemode bio n others..
*Make Best of your Life before You die
*nasihat nie utk ana sekali yg daif yg masih mununtut ilmu..

炒米粉Ken said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社