Pages

Sunday, December 21, 2008

Allah knows


A nasyid by Zain Bikha and Dawud Wharnsby Ali..

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows

And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land,
He knows.Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

..........................

bgn2 pagi lps solat subuh..
buka jap youtube..
usha2 nashid2 best..
tbe2 time vid lagu ni je..
terasa sesuatu..
memula tgk2 gitu je..
tp,
dgn rentak y agak sentimental..
wif a nice lyrics..
bermonolog seketika..

sbg muhasbah di pg hari..
terasa betapa ALLAH itu sgt2 maha dekat n maha sayang pd hamba-Nya..
tp kita??~
astaghfirullah~~
terasa sedikit keheningan pagi di miri,sarawak..
subhanALLAH

waALLAHu a'lam~

Thursday, December 18, 2008

~salam dari miri, sarawak

bismillah..

pertama2 skali, sy ingin mengajak diri saya n kawan2 y rajin melawat blog ini utk bertaQwa n merafakkn setinggi2 kesyukuran kpd ALLAH tuhan semesta alam..walau bagaimana keadaan kita skalipn..

posting kali ini agak spesel sbb dr miri, sarawak..
Alhamdulillah dapat juga berpijak lagi disini..antara tempat terawal aku membesar n pnoh sejarah..

antara benda y aku igt pasal miri ni~
1. tmpt 1st aku belajar di taski abim
2. da place where mail n uma lahir[derg masuk takyah nk kne sign2 pon]
3. tmpt 1st time aku cabut gigi kat klinik..smp dokter tu kne marah ngn aku "dokter bulak!"..
[nak je jmpe dokter tu balik n ucap terima kasih..sbb gigi aku kini cantik sgt..Alhamdulillah~..]
4. kereta proton putih n arnab2 kesayanganku..
5. gua niah, the grand old lady n many more..

kini macam org baru kuar dr hospital akibat hilang ingatan n dibawa ketempat y pernah dilaluinya utk mengembalikan ingatannya..
hehe..

dalam keseronokan..

lepas pulang dr ziarah2 tmpt ala2 nostalgia..
akupn terus manerkam laptop ibuku di hotel ni..
maka, my U stdnt portal di buka..
aku menunggu dgn penuh kesabaran..

fasa pertama..
"ouh..Alhamdulillah"[sbb semuanya pass dgn cemerlang] aku lafaz senyap2 sbb tamo riya' huhu..

tgk fasa kedua..
"erm..........."[ala2 terdiam] agak tak puas hati..agak kecewa..

ayat2 "laa tahzan" bermain2 di benak fikiranku...

biasa la kadang2 yang ini ok but the other lain lak citernya..
tu la mainan hidup..hehe

papehal, penantian mmg suatu penyiksaan~..[ye ke?]huhu

takpe2..perjalananmasih panjang..
ALLAH punya perancangan lg hebat aku yakin..


~Robbana la tuzigh Qulubana ba'daiz hadaytana wahablana milladunka rahmah..innaka antal wahhab~
~ya muQallibal Qulub, thabbit Qulubuna 'alaa deenik, wa 'alaa too'atik wa 'alaa toriQi da'watik~

pastikan hari esok lebih baik dr ini..
wassalam~

[nk tolong umar buat blognya..tbe2 lak dia nih nk memblog!~]

Wednesday, December 17, 2008

~bersabar diatas kesabaran~

17 dis 08..
12am..

aku dgn pnoh smangatnya menerjah laptopku y sentiasa m'on9kn dirinya doplopat jam..
"hoho...result keluar...ape la naseb aku kali ni?"..terngiang2 jauh disudut hati kecil ini..

masuk la aku ke my U student portal..
"lor..tak apdet2 lg ker"..
urm..sabo je la aku..
sambil2 tolong mail m'edit blognya...

jam 3am aku dah start ngantok..
bkk my U stdnt portal..
juga masih tiada..

debaran didada makin kuat getarannya umpama keretapi oldskul y tgh high speed diatas landasannya..
namun..aku tetap tidur lena wa nyenyak pg itu..

jam 7am..
ayahku gegarkn bilikku..[first time ni dia kejut]
aku pon terkejut..gaya mcm tanah nak runtuh.[dah terbayang mcm kat bukit antara bangsa la plak]
tgk jam..."astaghfirullah!~..lewat sgt ni.."
makanya bergegas aku melaksanakan tanggung jawab..
kemudian sambung stori dlm mimpiku..


tp kali ini stori2 itu tak bole lama2 kerna..
byk agenda pd hari ini..

antara y dh di mindset:
*mengecat bilik
*merepair sinki[tak terbuat]
*hantar ayah ke kl sentral [cancel]
*teman maklang ke janda baik
*hantar pembantu rumah ke rumah wan rembau



jam 8.30am..
sblm turun sarapan..
aku sergah laptopku skali lg..
kali ini laptopku wat2 tak terkejut..kononnya dah biasa..
masuk lg skali my U stdnt portal..
juga tiada..



aku turun sarapan n then
naik semula utk mengecat bilik..





[bersabar]

jam 12.30pm..
selepas menemankn ayahku jalan2..
sebelum bertolak ke janda baik..
lg skali aku membuka my U stdnt portal..
juga masih sama..tiada sebarang apdet..



n pd waktu itu maklang pon dh smp kt rumah..
makanya kami tros ke janda baik..
sbbnya imran[anak maklang a.k.a spupu aku nak register maahad kt sne]
sblm pergi ke maahad tu..
sempat gak aku menikmati air sungainya y sejuk hingga menusuk tulang
pd awalnya jalan2 je dlm air..sbb cetek..


last2 terjumpa port y agak dlm smp paras peha..
makanya~siapa bole tahan kalo dh jmpe lubok best!~..hehe








balik dr janda baik jam 6pm gitu lbh kurg..

tak smpt buat ape, tros naik atas..

cek lg skali..

makin aku hangin..

tertera di skrin.

18dec?..bole lak tukar last2 minit..

sian member2 aku di pedalaman..kuar ke bandar semata2 mencari CC utk cek result..

tp..ape bole buat..

mgkn ade masalahnya tersendiri..

makanya aku pon bersabar atas kesabaranku ini..

sabo je la yop!~

Sunday, December 14, 2008

~mengasah bakat kembali~

Assalamualaikum semua..~










bismIllahirRahmanirRahim~

hehe..
bg y tertnye2 "pehal tbe2 buang tabiat nih?"
bg y tertnye2 "ko demam ke ape?"
bg y tertnye2 "pasal slow gler ko reply ni?"

n kpd mrk y telah meYM aku utk sembang2 isu2 hangat..sori la kurang respon sket..
mood a.k.a nafsu blogging aku up sket pagi ni [dh kol 4am pon]

jam 2250..
mansudan PM aku..
..............................................
raman: camne.
raman: ?
sifoo_IMJ: ok ja
[~~~blablabla~~]
raman: hmm./.
sifoo_IMJ: tu la pasal
sifoo_IMJ: man
sifoo_IMJ: ble flight?
raman: 18 hrbln ni
raman: hmm..
raman: mgkin aku di awal sket...sane..
sifoo_IMJ: pasal apa?
sifoo_IMJ: 18 aku ke miri
raman: ohw.....
raman: taksempat laa.nak jume..
raman: jumpe.
sifoo_IMJ: turun aa 17
sifoo_IMJ: hehe
........................................................

ktorg citer2 la sket isu2 best n dlm mse y sama aku sdg aktif melayar dr satu blog ke satu blog utk menambah sket fahaman n melihat aktiviti si empunya blog time cuti2 nih[mungkin juga blog anda sudah sy layari..hehe]..tanpa disedari, suasana2 dlm blog itu telah menaikkn keghairahanku utk menyapu sawang2, meRENOVATE n mengeCATsemula blogku y sdh hampir 4 tahun ini..

makanya sedang asyik melayar smbil mereply SMS[YM]..
tbe aku tukar topik~
..................................................
sifoo_IMJ: wah2
sifoo_IMJ: hangat blog ko ye man
sifoo_IMJ: hehehe
raman: ko aaa..pasal...
raman: seb bek ade org b-up...
raman: hmm..
sifoo_IMJ: sape?
sifoo_IMJ: man
raman: ape/?
sifoo_IMJ: mungkin kol 2330 nih aku nak tukar template
sifoo_IMJ: kat ne nak amik template best aa??
sifoo_IMJ: mcm ko tu ker
raman: search ....blogger templete....
raman: bnyak dooo
sifoo_IMJ: ek elee
raman: ko nye nampak simple sangt
sifoo_IMJ: y byk mmg byk
sifoo_IMJ: y best
sifoo_IMJ: aku mmg simple
sifoo_IMJ: hehe
sifoo_IMJ: lame dah tak tukar2 template ni
sifoo_IMJ: dah karat dah skill aku
raman: banyak bende doo ko nak kene save
raman: kalau nak tukar..
raman: nk kluar jap...
raman: ok...
raman: salamZZzzZ
......................................................

hehe..ayat2 man telah meningkatkn kandungan ADRENALINE dlm bdn aku [yeye je hormon adrenal..ntah2 progestron tak pon testosteron...hoho..byk lupe dah bio aku nih]..
tbe2 lak aku rase simple ni memBOSANkn..hehe..

plus+ plak mungkin aku tgh excited sbb Ayah kesayanganku telah pon beransur pulih dr demam DENGGInya n dibenarkan pulang petang semalam[kiranya sabtu la tu]..
~ALHAMDULILLAH~
seminggu gak la dia dok hospital n seminggu gak la akun famili ulang alik ke hospital..

y paling best smp beraya pon kt hospital..
tade rezeki la tahun ni nak nk balik kg n menyembelih+melapah spt thn2 y lalu..
1st time dlm seumur hidup..tp best gak la..pengalaman baru dlm hidop..hehe
tak lupa jg segala y berlaku ada HIKMAH-Nya~



tp skrg dah kol 0435..
mata xngantok..tp badan penat sbb taip n edit m'edit atas katil sambil terlentang ke kiri..lenguh bahu aku..
so keje edit m'edit utk 1st phase smp sini je la..
tp nk tanak kne tros stay up smp subuh..
kalo tak.......
dats ol..
wassalams

Sunday, November 30, 2008

10 ciri peribadi Mu'min..

juz sbg TAZKEERAH utk aku pd musim cuti sem n cuti skola nih..

n alangkah indahnya jika dapat dikongsi bersama sahabat y lain..

actually entri ini dicopy n paste je..tp, takpe la..baik ade dr tade..huhu.

y penting .::.kita terisi n xdibiarkan kosong.::.

IJLIS BINAA, NU'MIN SA'AH~

..........................................................................................

Mu’min perlu memulai amal dakwah dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri mu’min ialah:

1. Kuat tubuh badan

  • Dakwah – amanah dan tanggungjawab besar – perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah s.a.w menitikberatkan soal ini. Maksud hadis: Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesanan ustaz Hasan: Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang memberi mudharat pada tubuh badan.

2. Akhlak yang mantap

  • Akhlak kita ialah al-Quran dan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh ustaz Hassan dalam kewajipan da’I iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3. Fikiran yang berpengetahun

  • Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu untuk disampaikan kepada orang lain.
  • Perlu bersumberkan kepada al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
  • Pesan ustaz Hassan: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
  • Mampu membaca al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salafussaleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha

  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlau mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
  • Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidah jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Aqidah yang sejahtera

  • Redha dengan Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi.
  • Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar,menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul

  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya.
  • Perlu belajar untuk memperbetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
  • Tidak melampau (syadid) atau berkurang, tapi wasatiah (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu

  • Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
  • Tidak menghiraukan kata-kata orang dalam mengamalkan Islam.
  • Da’I mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu

  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
  • “Aku adalah makhluk baru”, menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusan dalam urusan

  • Untuk memanfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
  • Da’I perlu kepada jadual harian yang tersusun.Berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai.
  • Melakukan urusan mengikut keutamaan.
  • Gunakan segala masa dan tenaga dengan tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain

  • Da’I umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
  • Da’I adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung pada da’i.
  • Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
  • Da’I berasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
..........................................................................................

thx n kredit to imran fadhil's blog .. utk sumber entri bernilai n berharga kali ini..JZkk

Friday, September 26, 2008

Ramadhan y berbaki hanya beberapa hari[apakah aku memperolehi semua ganjaran2 hebat bulan ini???].. Raya y tak lama lg[nak raya sakan pon,test n other jobs blambak utk mgu dpnnye..parah aa].. Final exam y kurang dr sebulan lg[dekan ke dismiss?..errr!~].. cuti sem y tiada perancangan lg[enjoy ke keje ke stadi??]..n mati y tatau bile akan menjemput[wa a'iddu..labudda!!].. habis KELAM KABUT~

5 days before final exam:
user posted image

4 days before final exam:
user posted image

3 days before final exam:
user posted image

2 days before final exam:
user posted image

1 day before final exam:
user posted image

A night before final exam:
user posted image

1 hour before final exam:
user posted image

During the final exam:
user posted image

Once walk out from the exam hall:
user posted image

After the final exam, during the holiday:
user posted image
[dikutip dr blog meor]
>halalkan aa meor..nnt abg ganti la balik..hehe<


fikiran y kini bercelaru..ntah y mana patutku utamakan..
final exam y makin dekat..need to perform well so that Allah sayang, xjd fitnah pd ISLAM, pointer menten above 3.5 mcm biasa, pelajar MUSLIM itu gempak!..
tp hati kecik ni rasa..
sepatah haprak pon aku tak paham ape y aku blaja kat kelas selama ini..

.......................................................................................

huraian??...maaf..xde mood!..
wALLAHu waRASULuhu a'lam..

wassalam..

Sunday, September 14, 2008

~Lirik Nasyid “Izzatul Islam - Sang Murabbi”~

Bismillah..

agak terharu bila dgr nasyid ini..teringat pada Mu'allim, Mu'allimah, Ustaz, Ustazah, n sume Guru2 wa lecturer2 y pernah dan sudi berkorban segalanya untuk menTARBIYYAH dan mengAJAR DIRIku ini.. jasa n pengorbananmu dikenang selalu~~

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi


Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu


Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu


Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu


Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu


Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati


Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani



atas permintaan, saya sertakan v.clipnya~~

Wednesday, June 25, 2008

menyelesaikan masalah dgn akhlaq y mulia~

aku slalu tertarik dgn tajuk2 n cara penyampaian oleh ustaz Abdullah yasin ni..
dgn gaya bahasa y ala2 keendonan[i like bhs endon..hehe] n cara dia mengolah segala persoalan n jawapan dgn cara y paling mudah n sng difahami dan disertakan juga dalil2 kukuh y berlandaskan Al-Quran wa hadeeth serta seerah Rasulullah n para sahabat..


Oleh Ust Dr Abdullah Yasin

(سورة آل عمران)

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Terjemahan:

Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”

(Ali ‘Imran 3:159)

Mukaddimah :

Allah SWT berfirman: Siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (way out). (Ath-Thalaq :2). Berdasarkan ayat ini jelaslah bahwa segala masalah dapat diselesaikan dengan TAQWA.

TAQWA meliputi segala aspek kehidupan, moral ataupun material. Jalan taqwa itu terbahagi dua, ada yang bersifat konkrit, dan ada yang bersifat teknikal (adab).

Yang bersifat konkrit disebut: Al-Ahkaamut Taklifiyah seperti: Halal, Haram, Wajib, Sunat, Makruh dan Mubah. Dalam dunia hukum dikenal dengan Hukum Positif. Adapun hukum yang bersifat teknikal, dikenal dengan istilah: Adab atau Akhlak atau Al-Ahkaamul Akhlaqiyah.

Contohnya: Makan. Hukumnya mubah/halal. Teknikalnya dengan tangan kanan, didahului dengan basmalah, sesuap demi sesuap dan jangan terlalu kenyang tetapi sebaiknya hendaknya perut dibagi tiga: makanan, minuman dan udara, dan diakhiri dengan hamdalah.

Contoh lain: Tidak berteguran. Hukumnya haram. Teknik penyelesaiannya: Kalau terpaksa berbuat demikian tidak boleh lebih dari 3 hari. Dan menyapanya hendaklah dengan salam, dan yang lebih dahulu memberi salam dialah yang lebih baik.

Contoh lain: Syiqaq (pisah rumah antara suami isteri). Hukumnya haram. Teknikal penyelesaiannya: Damai atau cerai yang didahului dengan mengutus hakam (juru damai yang mengerti hukum agama) dari masing-masing pihak.

Dari contoh-contoh di atas jelaslah bahwa dengan adanya pembahagian dua jalan taqwa itu iaitu: Hukum Taklify dan Hukum Akhlaqy maka hukum-hukum taklifiyah itu dapat berakhir dengan baik dan menyenangkan semua pihak. Penyelesaian masalah seperti inilah yang barangkali dimaksudkan oleh pepatah orang tua-tua:

Seperti menarik rambut dari tepung. Rambutnya tidak putus dan tepungnya tidak tumpah”.

Tafsiran Ayat :

Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka”.

Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dan para sahabat telah mendapat anugerah sifat lemah-lembut dari Allah SWT. Itulah sebabnya mereka dapat menghadapi karenah atau sikap kasar orang-orang yang ingkar di zamannya dengan hati yang tabah dan akhirnya orang yang menentang kebenaran menjadi tunduk dan patuh kepada ajaran beliau. Ini adalah berkat kelembutan beliau, bukan kerana kekerasan atau sikap yang kasar.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”.

Sekiranya kamu menghadapi atau bergaul dengan mereka yang ingkar itu secara kasar, pastilah mereka akan bertempiar dan menjauhkan diri mereka dari kamu. Akhirnya hasrat sucimu itu yang ingin mengajak mereka ke jalan yang lurus (hidayah) akan sia-sia dan terbengkalai kerana sikap kamu sendiri.

Tujuan para Rasul diutus oleh Allah ialah agar mereka menyampaikan syare’at Allah kepada umat manusia. Tujuan itu tidak mungkin tercapai kecuali jika hati manusia cenderung kepada mereka dan jiwa merasa tenteram bersama mereka.

Dan maksud ini akan tercapai hanya jika para Rasul bersikap penyayang, berbudi mulia, suka memaafkan kesalahan mereka yang melakukan dosa.

Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu”.

Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh oleh Allah agar memaafkan kesalahan orang-orang yang bersikap kasar terhadapnya. Bukan membalas kekasaran dengan kekasaran. Malahan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh agar memohon ampunan kepada Allah untuk mereka. Bukan berdendam. Bahkan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh supaya berbincang dan bermusyawarah dengan mereka kerana melalui musyawarah dan perbincangan banyak masalah boleh diselesaikan dengan sempurna.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Jika kamu telah membulatkan azam (tekad) untuk melakukan sesuatu sesudah bermusyawarah dan bertukar-tukar pandangan, maka bertawakallah (berserah dirilah) kepada Allah. Dan yang dimaksudkan dengan tawakkal di sini tentu saja setelah membuat persiapan dan pertimbangan sabab musabbab. Ini sebagaimana sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam) kepada seorang lelaki yang ingin meninggalkan untanya. Dia berkata: Ya Rasulullah, adakah aku tambatkan dia kemudian aku bertawakkal, ataukah aku biarkan dia lalu aku bertawakkal? Jawab Nabi (sallallahu alaihi wasalam):

Tambatkan dia kemudian bertawakallah kamu

[HR Ibnu Hibban – Sahih]

Pengajaran Ayat :

Berdakwah dengan pengertian “Watawaashau Bil Haq” iaitu berpesan-pesan dengan kebenaran, apakah dalam bentuk amar ma’ruf atau nahi munkar, hukumnya wajib dilakukan oleh setiap insan jika mereka benar-benar ingin terlepas dari kerugian. Lihat kandungan surah Al-‘Ashr, Ini Hukum Taklify.

Namun demikian, jangan lupa Hukum Adabnya (teknikalnya). Berdakwah mestilah dengan lemah lembut dan hikmah bijaksana. Hikmah dalam dakwah tidak ubahnya seperti bermain layang-layang. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan kita mestilah pandai mempertimbangkan kondisi angin, bila tali sepatutnya ditarik dan bila sepatutnya diulurkan.

Dan ditinjau dari sudut lain pula kita juga mesti mengenalpasti jenis kemungkaran yang akan ditegur. Darjat kemungkaran tidak sama. Ada dosa besar dan ada dosa kecil. Demikian juga dengan bid’ah. Walaupun semua bid’ah adalah sesat, namun darjat kesesatannya tidak sama. Ada Bid’ah Hakikiyah dan ada Bid’ah Idhaafiyah. Ada bid’ah yang membawa kufur, dan ada pula bid’ah yang tidak membawa kufur.

Tugas pendakwah sama dengan tugas doktor. Untuk mendapat hasil rawatan yang memuaskan, doktor mesti pastikan terlebih dahulu jenis penyakit dan kadar penyakit (serius atau ringan) kemudian barulah tentukan ubatnya yang sesuai. Doktor juga akan mempertimbangkan kadar akibat sampingan (side effect) dari ubat yang diberikannya kepada pesakit berkenaan.

Doktor tidak akan lekas panik jika pesakit memarahinya, kerana ia tahu pesakit memang tidak sihat. Doktor tidak akan berkecil hati dengan telatah pesakit yang kurang menyenangkan kerana ia memang ikhlas ingin membantu pesakit.

Kesimpulan :

  • Sifat lemah-lembut adalah anugerah pemberian Allah kepada siapa yang Dia kehendaki. Bersyukurlah jika anda telah mendapatnya. Keras dan kasar hanya akan menggagalkan dakwah.
  • Tahlil, Qunut Subuh, “Ushally”, Kenduri Arwah bukanlah bid’ah yang membawa kepada kekafiran. Oleh itu pandai-pandailah anda berdakwah. Yang penting jangan korbankan silaturrahim hanya disebabkan perkara kecil itu.
  • Ingat selalu: Tugas pendakwah sama dengan tugas para Rasul iaitu Menyampaikan Kebenaran, bukan memaksa. Jika mereka menerima Alhamdulillah. Jika tidak jangan segera memulaukan mereka kerana mereka masih memerlukan bantuan. Lebih-lebih lagi jika mereka kaum kerabat kita sendiri.
  • Berusahalah terus jangan lekas putus asa. Air yang lembut akan dapat melubangi batu yang keras jika titisannya tidak berhenti. Dan berdoalah kepada Allah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَحَبَّنِى . اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَسَآءَ إِلَيَّ

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang mengasihiku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang berbuat jahat kepadaku.

Friday, June 20, 2008

heh..ada menariknya cerita anak buah si tame nih..

huhu..
aku suka gelagat budak nih...

setelah aku asyik metrekking di gunung alam maya ini..
terjumpa dgn 1 blog..amat menarik n tertarik akan cara n system tarbiyyahnya di rumah..
krdt gak kpd kak Nurul Yaqeen or lebih femes dgn Dr Nurul Yaqeen[abes gak krdt aku nih nnt..asik bg org je!]..kakyong kpd Syamil Esa(sahabatku) n hikmat esa, spupu kpd Amad K(JUNIORku y paling best n sempoi) n dlu pernah jd senior s paktehku[Dr Muhd Zamri Harun] di hospital seremban [kot..tak igt hospital ape]..

pinjam cite ye Dr..

ape kesahnya??..ini kesahnya>
.....................................................................................................

Luqman menasihati Iqbal
[macam tajuk dlm cite doraemon n sinchan la plak]

salam

Ketika saya sedang meng'iron' baju, Luqman telah bermain-main dengan alat penyembur air, sambil menyembur-nyemburkan airnya di merata-rata tempat. Habis basah sebahagian daripada 'ironing board' itu. Saya lalu mensihatinya:

Saya: Luqman, tak soleh main air macam tu. Nanti Allah marah, rasul marah, ummi marah, walid marah, semua orang marah nanti.

Luqman: Ooo..Nanti Allah marah ke?

Saya:Iye..

Luqman: Nanti Rasul marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti Ummi marah ke?

Saya:Iye..(dah 3x cakap bende yg sama..ok..)

Luqman: Nanti Waleed marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti semua orang marah ke?

Saya: Iye..(alhamdulillah..akhirnya da selesai)


10 minit kemudian, Syed Iqbal didapati sedang menggigit-gigit selimut di katil yang berdekatan. Lalu, berlakulah dialog antara Syed Luqman dan Syed Iqbal:

Luqman: Iqbal..tak soleh gigit-gigit selimut macam tu. Nanti Allah marah, Rasul marah, Ummi marah, Waleed marah..Abang Luqman marah..semua orang marah nanti.

Iqbal:Da..da..nyum..nyum..(sambil meneruskan aktivitinya menggigit selimut.

Saya hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Cepat sungguh kanak-kanak ini mempelajari sesuatu dan meniru perbuatan ibu bapanya. Yang paling tak tahan, adalah apabila Luqman turut menyelitkan namanya di dalam list 'orang yang akan marah' itu. Oh ya..Luqman telah mula menggunakan perkataan 'Abang' Luqman dan 'Adik' Iqbal sejak akhir-akhir ini..alhamdulillah..semakin matang nampaknya dia:)

Posted by Dr Nurul Yaqeen at 10:29 PM

...................................................................................................................


nampak biasa..
mmg biasa..
pernahkah jd amalan?
mengingatkn kpd Allah n, Rasulnya n ulil amri minkum..
menitik beratkan soal 'Akidah sejak dr kecil..

snanye byk lg kisah2 pasal budak2 kecik nih..
tp amik cite y ade tercoret skrg ni la..
nk tgk lg??..cari la mane2 blog..tak pon tgk kat SaifulIslam.com..menarik gak citer2 dia

erm..
adakah dikatakan sdg mencorakkan kain putih dgn sebaiknya..
apakah ini dikatakan TARBIYYAH dr rumah?
BaitulMuslim??

bg mereka y akan menjalani alam rumahtangga..
bg mereka y akan menimang cahaya mata..
bg mereka y sedang mencorakkan cahayamata..
moga dpt mengambil iktibar n istiqomah dlm segala amalan..

bg y mungkin agak tersilap mencorakkannya dan ingin menukar coraknya semula..
rasanya tidak pernah ada istilah sudah terlambat utk mencoraknya selagi mana masih bergelar "anak" y berstatus bujang or dara..koz kalo dah 40 lbey, mmg parah aa..dh agak permanent!~
.::.yang penting doa dan usaha.::.
ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

kita hanya berusaha tp Allah y menentukannya..
wAllahua'lam..

[cme fikrah dr manusia biasa & tak berpengalaman dalam hal ini]
xsalah mula memikirkan soal pembentukan AkhlaqMuslim dr sistem didikan di Rumah..

adakah ini sikap pemimpin negara kita y kononnya negara ISLAM??

aku tertarik lg dgn hasil perbualan aku dgn Azrul..

kampongboy89: kerajaan bn ni
kampongboy89: dia fikir nak senang tok diri dia jerl
kampongboy89: x fikir
kampongboy89: org lain
sifoo_IMJ: parti barang naik??
kampongboy89: haah
kampongboy89: ni ha
kampongboy89: bn bukan barang naik
kampongboy89: tapi babi negara
sifoo_IMJ: lor
sifoo_IMJ: ganas sgt ayat tuh
kampongboy89: dgr ni
kampongboy89: aku nak ko tgk ni
sifoo_IMJ: tak sesuai bg kte org muslim ckp cmtuh
kampongboy89: khairi jamaludin kata
kampongboy89: PKR
kampongboy89: projek khinzir negara
kampongboy89: tapi
kampongboy89: bila kiter kata BN babi neara
kampongboy89: punya marah
sifoo_IMJ: bknnye PKR nye keje pon projek sejuta tuh
kampongboy89: dia cakap kita dulu boleh
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y

sifoo_IMJ: ye la
kampongboy89: ko tgk nih
sifoo_IMJ: tau
sifoo_IMJ: takkan aa kte nk sme cm derg
sifoo_IMJ: kalo kte pon ckp cmtu maksudnya
sifoo_IMJ: kte tade bezanyha dgn derg
kampongboy89: yer ls
kampongboy89: la
kampongboy89: k
sifoo_IMJ: aku tgk debat nih aritu smp abes
sifoo_IMJ: mmg jahat derg
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: hm
sifoo_IMJ: siap kata parti kencing rakyat aa

........................................................................................

bayangkan aa tayangan ini live dr sidang parlimen..
adakah ini contoh teladan y baik bg remaja y sedang mencari identiti dan idola utk mereka ikut skrg>?

masalah remaja skrg..salah siapa?.



tatkala status di YMku tertulis

"aku mengimpikan rijal2 spt saidina umar, abd rahman al-auf, khalid al-walid, dll utk menolong aku dlm perjuangan ini~"

tbe2 seorg sahabatku memberi respon..
krdt utk Azrul kerana peka dgn perubahan situasi disekelilingnya..
even sekecik2 status di YM pon dia boleh sedar..

apa dibualkan??..hehe.

kampongboy89: kanak2
kampongboy89: sekarang
kampongboy89: dilali kan dgn hiburan
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=A5bFQgPZLuk
sifoo_IMJ: btol2
sifoo_IMJ: pasai aa
sifoo_IMJ: tergoda doo
sifoo_IMJ: haha
kampongboy89: heheh
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: heheh
sifoo_IMJ: sian
kampongboy89: sebenanyer
sifoo_IMJ: elok2 umpama kain putih
sifoo_IMJ: nih dah macam kain kapan dr kubur
kampongboy89: tuh ar


berbangga seketika aku dgn Azrul dek krn perbualan y tak lebih 5min td..
disitu terserlah fikrah seorg bakal mahasiswa di UTM skudai dlm bidang kejuruteraan petrolium..
bagus ada sedikit kesedaran dari tiada langsung..

ketahuilah bahawasanya HIBURAN y melampau adalah antara agenda YAHUDI utk merosakkan UMAT ISLAM hari ini..

fikir2kan lah~
wAllahua'lam

Thursday, June 19, 2008

hujah ttg minyak y mengasyikkan





mmg dekat di hati~
andai kata xdpt tgk vidnya..klik pd logo tv9 diatas

Thursday, June 12, 2008

minyak oh minyak..xsia2 rasanya jd org minyak

[040608, Rabu] di kampongku y permai lg indah, N9…

Pkl 7.20, tibe maklong aku dtg n b’kata ib’, harga minyak naik sblm pkl 9 nnt..baik ko pegi penuhkan tangki van ko tu cepat”..

Harga minyak naik??..[dalam hati aku…yeye jek maklong aku nih..takkan aa tibe2 je!]

Terkejut gak aku time tuh..dah la ummi n ayah ke London..duit sape nk aku songlap..takkan aa nk advancekn duit aku dlu..malas btol aa..

pastuh nak jln2 ke Melaka 6hb iaitu lusanya..

takpe la..

Kalo bwk savvy takpe gak..nih citreon..

“Tak isi parah gak nih”..

Tgk tangki kat van evasion tuh..feh!~ sparuh jek minyak..

Malam tuh usaha la isi..

Smp2 je..mak aih! Panjang gler..selit punya selit, Alhamdulillah dpt gak beratur dpn2..

Isi2 jek, penuh RM102..tu baru dr separuh tank..tutup mata je aa kuar duitnya

Erm..

Harga minyak naik lg?..salahkan sapa?..

Harga minyak seluruh dunia naik..

Perlu kah kelamkabut sgt kerana Negara kita Negara subsidi, rakyat subsidi??..

…………………………………..

Haha..andaian aku n senario kini..

Pasnih

~pd 040608 sblm pkl 0000am stsn minyak penoh sgt2, y amat sgt..lps kol 0000am jek, lengang tros stsn2 minyak…gler kagum..

~harga minyak n barang2 sume keje nk naik jek..tp harga SMS makin turun..huhu..

~bkn ke elok jika tidak dinaikkan harga bhn api itu tp naikkan harga ROKOK, ARAK n lain2 bnde y xbermanfaat di mesia nih>??

~”mereka” kata paklah saje balas dendam sbb rakyat tamo undi BN.. kini mereka kebanyakannya menyesal undi BN pada pilihanraya lepas dan kbykknnya mereka dr negeri Sarawak n Sabah..

~ dgr khabarnya kadar Inflasi Negara naik dr 2.7% kpd 5%..ini juga akan memungkinkan lagi kadar peningkatan jenayah di Negara kita ini, sdgkn sms 2.7% pond ah cukup byk kadar jenayah y berlaku, apatah lg 5% ini..

~yang paling aku andaikan semasa 1st2 munyak naik dlu is dat abes la Negari2 maju mcm Selangor(walaupon byk hutang) jd cam negeri2 miskin especially negeri y aku bermastautin skrg ini Sarawak..Apa y berlaku>?..hehe..asal naik kete je kne bkk tingkap..gler punye nk save lg2 stdnt UiTM disana..

……………………………………….

Terbaca blog mufti perlis

MINDA MUFTI



ttg kisah Khalifah Islam ke2 y menangani masalah ekonomi di negaranya.

Aku mula terfikir dan menafsir..



[idea diatas hnya dr fikrah n sumber manusia biase]

Tuesday, April 22, 2008

~Final Exam MOOD~


erm..
(pejam celik)x2 dah final exam..
bermulanya hari ini 22apr paper BEL260
then 26apr paper CTU151.
then 29apr paper SURvey181.
then 2mei BLD160.
then 4mei BLD153.
then 7mei BLD155.
and lastly 11mei BLD193.
finally ma ticket to KL 12mei..hehe

7 papers 4 dis sem..
doakan kejayaanku dlm setiap perkara..
begitu juga dgn sahabat2 lain y sedang mahupun akan menduduki peperiksaan..

bitTuafiq wanNajah..
~Ol da Best!~

Friday, March 07, 2008

.::PARAH~masih terfikir hingga kini::.

tatkala sedang asyik belayar di lautan internet ini..

bertemu aku sebuah lubuk ini..

tempat aku pancing ikan2 y sgt tegap lg berketul..


Banner yang terpampang berhampiran Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor dan di tepi jalan di Teluk Air Tawar, Butterworth


walaupun ini isu pilihanraya dan belum waktunya utk aku mengundi..

tp sbg muslim, perlulah sensitif ttg isu AQIDAH ini.

~"PERGI JAHANAM DGN ISLAM!!!"~???..wut da FISH?

nak hidupkn melayu la kononnya mereka[pembuat benner] tu..

teringat ala2 terngiang2 dlm akal fikiran aku akan kuliah2 n input2 time zaman skola dulu;

Firman Allah:


208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


Saiyidina Umar Al Khattab ra pernah berkata :

نحنُ قومٌ أَعزَّنا اللهُ بالإسلامِ فَمَهْمَا نَبْتَغِ عِزَّ بِغَيْرِ ما أَعَزَّنا اللهُ أَذَلَّنا الله

Kita adalah suatu kaum yang diberi kekuatan oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kekuatan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt .

.................................................................

utk maklumat lanjut ttg gambar itu..
sila klik sini atau gambar td~

Tuesday, January 22, 2008

7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat




~artikel ini dipetik dari DAKWAH.INFO agar menjadi peringatan buat diriku y makin hanyut n kian Alpa~

.::dan alangkah indahnya jika dapat berkongsi dgn pembaca..moga kekal dlm hasanah::.


Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib

lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.