Pages

Wednesday, June 25, 2008

menyelesaikan masalah dgn akhlaq y mulia~

aku slalu tertarik dgn tajuk2 n cara penyampaian oleh ustaz Abdullah yasin ni..
dgn gaya bahasa y ala2 keendonan[i like bhs endon..hehe] n cara dia mengolah segala persoalan n jawapan dgn cara y paling mudah n sng difahami dan disertakan juga dalil2 kukuh y berlandaskan Al-Quran wa hadeeth serta seerah Rasulullah n para sahabat..


Oleh Ust Dr Abdullah Yasin

(سورة آل عمران)

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Terjemahan:

Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”

(Ali ‘Imran 3:159)

Mukaddimah :

Allah SWT berfirman: Siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (way out). (Ath-Thalaq :2). Berdasarkan ayat ini jelaslah bahwa segala masalah dapat diselesaikan dengan TAQWA.

TAQWA meliputi segala aspek kehidupan, moral ataupun material. Jalan taqwa itu terbahagi dua, ada yang bersifat konkrit, dan ada yang bersifat teknikal (adab).

Yang bersifat konkrit disebut: Al-Ahkaamut Taklifiyah seperti: Halal, Haram, Wajib, Sunat, Makruh dan Mubah. Dalam dunia hukum dikenal dengan Hukum Positif. Adapun hukum yang bersifat teknikal, dikenal dengan istilah: Adab atau Akhlak atau Al-Ahkaamul Akhlaqiyah.

Contohnya: Makan. Hukumnya mubah/halal. Teknikalnya dengan tangan kanan, didahului dengan basmalah, sesuap demi sesuap dan jangan terlalu kenyang tetapi sebaiknya hendaknya perut dibagi tiga: makanan, minuman dan udara, dan diakhiri dengan hamdalah.

Contoh lain: Tidak berteguran. Hukumnya haram. Teknik penyelesaiannya: Kalau terpaksa berbuat demikian tidak boleh lebih dari 3 hari. Dan menyapanya hendaklah dengan salam, dan yang lebih dahulu memberi salam dialah yang lebih baik.

Contoh lain: Syiqaq (pisah rumah antara suami isteri). Hukumnya haram. Teknikal penyelesaiannya: Damai atau cerai yang didahului dengan mengutus hakam (juru damai yang mengerti hukum agama) dari masing-masing pihak.

Dari contoh-contoh di atas jelaslah bahwa dengan adanya pembahagian dua jalan taqwa itu iaitu: Hukum Taklify dan Hukum Akhlaqy maka hukum-hukum taklifiyah itu dapat berakhir dengan baik dan menyenangkan semua pihak. Penyelesaian masalah seperti inilah yang barangkali dimaksudkan oleh pepatah orang tua-tua:

Seperti menarik rambut dari tepung. Rambutnya tidak putus dan tepungnya tidak tumpah”.

Tafsiran Ayat :

Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka”.

Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dan para sahabat telah mendapat anugerah sifat lemah-lembut dari Allah SWT. Itulah sebabnya mereka dapat menghadapi karenah atau sikap kasar orang-orang yang ingkar di zamannya dengan hati yang tabah dan akhirnya orang yang menentang kebenaran menjadi tunduk dan patuh kepada ajaran beliau. Ini adalah berkat kelembutan beliau, bukan kerana kekerasan atau sikap yang kasar.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”.

Sekiranya kamu menghadapi atau bergaul dengan mereka yang ingkar itu secara kasar, pastilah mereka akan bertempiar dan menjauhkan diri mereka dari kamu. Akhirnya hasrat sucimu itu yang ingin mengajak mereka ke jalan yang lurus (hidayah) akan sia-sia dan terbengkalai kerana sikap kamu sendiri.

Tujuan para Rasul diutus oleh Allah ialah agar mereka menyampaikan syare’at Allah kepada umat manusia. Tujuan itu tidak mungkin tercapai kecuali jika hati manusia cenderung kepada mereka dan jiwa merasa tenteram bersama mereka.

Dan maksud ini akan tercapai hanya jika para Rasul bersikap penyayang, berbudi mulia, suka memaafkan kesalahan mereka yang melakukan dosa.

Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu”.

Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh oleh Allah agar memaafkan kesalahan orang-orang yang bersikap kasar terhadapnya. Bukan membalas kekasaran dengan kekasaran. Malahan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh agar memohon ampunan kepada Allah untuk mereka. Bukan berdendam. Bahkan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh supaya berbincang dan bermusyawarah dengan mereka kerana melalui musyawarah dan perbincangan banyak masalah boleh diselesaikan dengan sempurna.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Jika kamu telah membulatkan azam (tekad) untuk melakukan sesuatu sesudah bermusyawarah dan bertukar-tukar pandangan, maka bertawakallah (berserah dirilah) kepada Allah. Dan yang dimaksudkan dengan tawakkal di sini tentu saja setelah membuat persiapan dan pertimbangan sabab musabbab. Ini sebagaimana sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam) kepada seorang lelaki yang ingin meninggalkan untanya. Dia berkata: Ya Rasulullah, adakah aku tambatkan dia kemudian aku bertawakkal, ataukah aku biarkan dia lalu aku bertawakkal? Jawab Nabi (sallallahu alaihi wasalam):

Tambatkan dia kemudian bertawakallah kamu

[HR Ibnu Hibban – Sahih]

Pengajaran Ayat :

Berdakwah dengan pengertian “Watawaashau Bil Haq” iaitu berpesan-pesan dengan kebenaran, apakah dalam bentuk amar ma’ruf atau nahi munkar, hukumnya wajib dilakukan oleh setiap insan jika mereka benar-benar ingin terlepas dari kerugian. Lihat kandungan surah Al-‘Ashr, Ini Hukum Taklify.

Namun demikian, jangan lupa Hukum Adabnya (teknikalnya). Berdakwah mestilah dengan lemah lembut dan hikmah bijaksana. Hikmah dalam dakwah tidak ubahnya seperti bermain layang-layang. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan kita mestilah pandai mempertimbangkan kondisi angin, bila tali sepatutnya ditarik dan bila sepatutnya diulurkan.

Dan ditinjau dari sudut lain pula kita juga mesti mengenalpasti jenis kemungkaran yang akan ditegur. Darjat kemungkaran tidak sama. Ada dosa besar dan ada dosa kecil. Demikian juga dengan bid’ah. Walaupun semua bid’ah adalah sesat, namun darjat kesesatannya tidak sama. Ada Bid’ah Hakikiyah dan ada Bid’ah Idhaafiyah. Ada bid’ah yang membawa kufur, dan ada pula bid’ah yang tidak membawa kufur.

Tugas pendakwah sama dengan tugas doktor. Untuk mendapat hasil rawatan yang memuaskan, doktor mesti pastikan terlebih dahulu jenis penyakit dan kadar penyakit (serius atau ringan) kemudian barulah tentukan ubatnya yang sesuai. Doktor juga akan mempertimbangkan kadar akibat sampingan (side effect) dari ubat yang diberikannya kepada pesakit berkenaan.

Doktor tidak akan lekas panik jika pesakit memarahinya, kerana ia tahu pesakit memang tidak sihat. Doktor tidak akan berkecil hati dengan telatah pesakit yang kurang menyenangkan kerana ia memang ikhlas ingin membantu pesakit.

Kesimpulan :

  • Sifat lemah-lembut adalah anugerah pemberian Allah kepada siapa yang Dia kehendaki. Bersyukurlah jika anda telah mendapatnya. Keras dan kasar hanya akan menggagalkan dakwah.
  • Tahlil, Qunut Subuh, “Ushally”, Kenduri Arwah bukanlah bid’ah yang membawa kepada kekafiran. Oleh itu pandai-pandailah anda berdakwah. Yang penting jangan korbankan silaturrahim hanya disebabkan perkara kecil itu.
  • Ingat selalu: Tugas pendakwah sama dengan tugas para Rasul iaitu Menyampaikan Kebenaran, bukan memaksa. Jika mereka menerima Alhamdulillah. Jika tidak jangan segera memulaukan mereka kerana mereka masih memerlukan bantuan. Lebih-lebih lagi jika mereka kaum kerabat kita sendiri.
  • Berusahalah terus jangan lekas putus asa. Air yang lembut akan dapat melubangi batu yang keras jika titisannya tidak berhenti. Dan berdoalah kepada Allah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَحَبَّنِى . اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَسَآءَ إِلَيَّ

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang mengasihiku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang berbuat jahat kepadaku.

Friday, June 20, 2008

heh..ada menariknya cerita anak buah si tame nih..

huhu..
aku suka gelagat budak nih...

setelah aku asyik metrekking di gunung alam maya ini..
terjumpa dgn 1 blog..amat menarik n tertarik akan cara n system tarbiyyahnya di rumah..
krdt gak kpd kak Nurul Yaqeen or lebih femes dgn Dr Nurul Yaqeen[abes gak krdt aku nih nnt..asik bg org je!]..kakyong kpd Syamil Esa(sahabatku) n hikmat esa, spupu kpd Amad K(JUNIORku y paling best n sempoi) n dlu pernah jd senior s paktehku[Dr Muhd Zamri Harun] di hospital seremban [kot..tak igt hospital ape]..

pinjam cite ye Dr..

ape kesahnya??..ini kesahnya>
.....................................................................................................

Luqman menasihati Iqbal
[macam tajuk dlm cite doraemon n sinchan la plak]

salam

Ketika saya sedang meng'iron' baju, Luqman telah bermain-main dengan alat penyembur air, sambil menyembur-nyemburkan airnya di merata-rata tempat. Habis basah sebahagian daripada 'ironing board' itu. Saya lalu mensihatinya:

Saya: Luqman, tak soleh main air macam tu. Nanti Allah marah, rasul marah, ummi marah, walid marah, semua orang marah nanti.

Luqman: Ooo..Nanti Allah marah ke?

Saya:Iye..

Luqman: Nanti Rasul marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti Ummi marah ke?

Saya:Iye..(dah 3x cakap bende yg sama..ok..)

Luqman: Nanti Waleed marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti semua orang marah ke?

Saya: Iye..(alhamdulillah..akhirnya da selesai)


10 minit kemudian, Syed Iqbal didapati sedang menggigit-gigit selimut di katil yang berdekatan. Lalu, berlakulah dialog antara Syed Luqman dan Syed Iqbal:

Luqman: Iqbal..tak soleh gigit-gigit selimut macam tu. Nanti Allah marah, Rasul marah, Ummi marah, Waleed marah..Abang Luqman marah..semua orang marah nanti.

Iqbal:Da..da..nyum..nyum..(sambil meneruskan aktivitinya menggigit selimut.

Saya hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Cepat sungguh kanak-kanak ini mempelajari sesuatu dan meniru perbuatan ibu bapanya. Yang paling tak tahan, adalah apabila Luqman turut menyelitkan namanya di dalam list 'orang yang akan marah' itu. Oh ya..Luqman telah mula menggunakan perkataan 'Abang' Luqman dan 'Adik' Iqbal sejak akhir-akhir ini..alhamdulillah..semakin matang nampaknya dia:)

Posted by Dr Nurul Yaqeen at 10:29 PM

...................................................................................................................


nampak biasa..
mmg biasa..
pernahkah jd amalan?
mengingatkn kpd Allah n, Rasulnya n ulil amri minkum..
menitik beratkan soal 'Akidah sejak dr kecil..

snanye byk lg kisah2 pasal budak2 kecik nih..
tp amik cite y ade tercoret skrg ni la..
nk tgk lg??..cari la mane2 blog..tak pon tgk kat SaifulIslam.com..menarik gak citer2 dia

erm..
adakah dikatakan sdg mencorakkan kain putih dgn sebaiknya..
apakah ini dikatakan TARBIYYAH dr rumah?
BaitulMuslim??

bg mereka y akan menjalani alam rumahtangga..
bg mereka y akan menimang cahaya mata..
bg mereka y sedang mencorakkan cahayamata..
moga dpt mengambil iktibar n istiqomah dlm segala amalan..

bg y mungkin agak tersilap mencorakkannya dan ingin menukar coraknya semula..
rasanya tidak pernah ada istilah sudah terlambat utk mencoraknya selagi mana masih bergelar "anak" y berstatus bujang or dara..koz kalo dah 40 lbey, mmg parah aa..dh agak permanent!~
.::.yang penting doa dan usaha.::.
ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

kita hanya berusaha tp Allah y menentukannya..
wAllahua'lam..

[cme fikrah dr manusia biasa & tak berpengalaman dalam hal ini]
xsalah mula memikirkan soal pembentukan AkhlaqMuslim dr sistem didikan di Rumah..

adakah ini sikap pemimpin negara kita y kononnya negara ISLAM??

aku tertarik lg dgn hasil perbualan aku dgn Azrul..

kampongboy89: kerajaan bn ni
kampongboy89: dia fikir nak senang tok diri dia jerl
kampongboy89: x fikir
kampongboy89: org lain
sifoo_IMJ: parti barang naik??
kampongboy89: haah
kampongboy89: ni ha
kampongboy89: bn bukan barang naik
kampongboy89: tapi babi negara
sifoo_IMJ: lor
sifoo_IMJ: ganas sgt ayat tuh
kampongboy89: dgr ni
kampongboy89: aku nak ko tgk ni
sifoo_IMJ: tak sesuai bg kte org muslim ckp cmtuh
kampongboy89: khairi jamaludin kata
kampongboy89: PKR
kampongboy89: projek khinzir negara
kampongboy89: tapi
kampongboy89: bila kiter kata BN babi neara
kampongboy89: punya marah
sifoo_IMJ: bknnye PKR nye keje pon projek sejuta tuh
kampongboy89: dia cakap kita dulu boleh
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y

sifoo_IMJ: ye la
kampongboy89: ko tgk nih
sifoo_IMJ: tau
sifoo_IMJ: takkan aa kte nk sme cm derg
sifoo_IMJ: kalo kte pon ckp cmtu maksudnya
sifoo_IMJ: kte tade bezanyha dgn derg
kampongboy89: yer ls
kampongboy89: la
kampongboy89: k
sifoo_IMJ: aku tgk debat nih aritu smp abes
sifoo_IMJ: mmg jahat derg
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: hm
sifoo_IMJ: siap kata parti kencing rakyat aa

........................................................................................

bayangkan aa tayangan ini live dr sidang parlimen..
adakah ini contoh teladan y baik bg remaja y sedang mencari identiti dan idola utk mereka ikut skrg>?

masalah remaja skrg..salah siapa?.



tatkala status di YMku tertulis

"aku mengimpikan rijal2 spt saidina umar, abd rahman al-auf, khalid al-walid, dll utk menolong aku dlm perjuangan ini~"

tbe2 seorg sahabatku memberi respon..
krdt utk Azrul kerana peka dgn perubahan situasi disekelilingnya..
even sekecik2 status di YM pon dia boleh sedar..

apa dibualkan??..hehe.

kampongboy89: kanak2
kampongboy89: sekarang
kampongboy89: dilali kan dgn hiburan
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=A5bFQgPZLuk
sifoo_IMJ: btol2
sifoo_IMJ: pasai aa
sifoo_IMJ: tergoda doo
sifoo_IMJ: haha
kampongboy89: heheh
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: heheh
sifoo_IMJ: sian
kampongboy89: sebenanyer
sifoo_IMJ: elok2 umpama kain putih
sifoo_IMJ: nih dah macam kain kapan dr kubur
kampongboy89: tuh ar


berbangga seketika aku dgn Azrul dek krn perbualan y tak lebih 5min td..
disitu terserlah fikrah seorg bakal mahasiswa di UTM skudai dlm bidang kejuruteraan petrolium..
bagus ada sedikit kesedaran dari tiada langsung..

ketahuilah bahawasanya HIBURAN y melampau adalah antara agenda YAHUDI utk merosakkan UMAT ISLAM hari ini..

fikir2kan lah~
wAllahua'lam

Thursday, June 19, 2008

hujah ttg minyak y mengasyikkan





mmg dekat di hati~
andai kata xdpt tgk vidnya..klik pd logo tv9 diatas

Thursday, June 12, 2008

minyak oh minyak..xsia2 rasanya jd org minyak

[040608, Rabu] di kampongku y permai lg indah, N9…

Pkl 7.20, tibe maklong aku dtg n b’kata ib’, harga minyak naik sblm pkl 9 nnt..baik ko pegi penuhkan tangki van ko tu cepat”..

Harga minyak naik??..[dalam hati aku…yeye jek maklong aku nih..takkan aa tibe2 je!]

Terkejut gak aku time tuh..dah la ummi n ayah ke London..duit sape nk aku songlap..takkan aa nk advancekn duit aku dlu..malas btol aa..

pastuh nak jln2 ke Melaka 6hb iaitu lusanya..

takpe la..

Kalo bwk savvy takpe gak..nih citreon..

“Tak isi parah gak nih”..

Tgk tangki kat van evasion tuh..feh!~ sparuh jek minyak..

Malam tuh usaha la isi..

Smp2 je..mak aih! Panjang gler..selit punya selit, Alhamdulillah dpt gak beratur dpn2..

Isi2 jek, penuh RM102..tu baru dr separuh tank..tutup mata je aa kuar duitnya

Erm..

Harga minyak naik lg?..salahkan sapa?..

Harga minyak seluruh dunia naik..

Perlu kah kelamkabut sgt kerana Negara kita Negara subsidi, rakyat subsidi??..

…………………………………..

Haha..andaian aku n senario kini..

Pasnih

~pd 040608 sblm pkl 0000am stsn minyak penoh sgt2, y amat sgt..lps kol 0000am jek, lengang tros stsn2 minyak…gler kagum..

~harga minyak n barang2 sume keje nk naik jek..tp harga SMS makin turun..huhu..

~bkn ke elok jika tidak dinaikkan harga bhn api itu tp naikkan harga ROKOK, ARAK n lain2 bnde y xbermanfaat di mesia nih>??

~”mereka” kata paklah saje balas dendam sbb rakyat tamo undi BN.. kini mereka kebanyakannya menyesal undi BN pada pilihanraya lepas dan kbykknnya mereka dr negeri Sarawak n Sabah..

~ dgr khabarnya kadar Inflasi Negara naik dr 2.7% kpd 5%..ini juga akan memungkinkan lagi kadar peningkatan jenayah di Negara kita ini, sdgkn sms 2.7% pond ah cukup byk kadar jenayah y berlaku, apatah lg 5% ini..

~yang paling aku andaikan semasa 1st2 munyak naik dlu is dat abes la Negari2 maju mcm Selangor(walaupon byk hutang) jd cam negeri2 miskin especially negeri y aku bermastautin skrg ini Sarawak..Apa y berlaku>?..hehe..asal naik kete je kne bkk tingkap..gler punye nk save lg2 stdnt UiTM disana..

……………………………………….

Terbaca blog mufti perlis

MINDA MUFTI



ttg kisah Khalifah Islam ke2 y menangani masalah ekonomi di negaranya.

Aku mula terfikir dan menafsir..



[idea diatas hnya dr fikrah n sumber manusia biase]