Pages

Saturday, February 05, 2011

اخي انت حر

(Saudaraku, Engkau yang bebas)

Saudaraku, engkau yg bebas di balik tembok penjara 
Saudara, engkau yang bebas dari ikatan itu 
Jika hanya kepada Allah engkau berpegang teguh 
Maka apakah yang akan memudaratka engkau dari tipu helah manusia? 

Saudaraku, adakah kau rasa jemu untuk berjuang 
Dan engkau campakkan dari bahu engkau senjata 
Maka siapakah bagi mangsa-mangsa itu yang bersimpati dengan luka-lukanya 
Dan yang akan mengangkat panji-panji semula 

Saudaraku, bahawa aku hari ini bagaikan tukul besi yang keras 
Akanku hancurkan gunung-gunung yang terpacak (teguh) 
Esok akan ku penggal dengan kapak yang yang menghancurkan 
Kepala-kepala ular hinggga hancur 

Saudaraku, jika air mata kau cucuri keatas ku 
Dan ke atas kuburan ku kau tumpah dengan kusyuk 
Maka nyalakanlah bagi mereka itu dari hancuran-hancuran lilin 
Dan berjalanlah kamu dengannya kearah keagungan yang menanti 

Saudaraku, jika kami mati akan kami temui kekasih kami 
Kebun-kebun Tuhanku disediakan untuk kami, 
Dan burung-burung mengepakkan sayap disekeliling kami, 
Maka bahagialah bagi kami didunya yang kekal (akhirat) 

Saudaraku, sesungguhnya aku tidakkan jemu berjuang, 
Dan tidak akanku letakkan senjata, 
Maka sekiranya mati, sesungguhnya aku syahid.. 
Dan kau akan meneruskan bagi kemenangan yang agung, 

Akanku tuntut bela untuk tuhan n agama, 
Dan akanku teruskan perjalanan ini dengan penuh keyakinan, 
Samaada kearah kemenangan keatas makhluk, 
Dan samaada kepada Allah di dalam yang kekal.


Terjemahan bait-bait Syair Asy-Syahid Sheikh Syed Qutb

1 comment:

eelobor said...

satu syair yang menarik & terima kasih kerana berkongsi untuk kita saling ingat mengingati.

terima kasih juga kerana sudi singgah & follow di blog kawan.