" ada SPEED TRAP sayang~ " pesanan sang ibu y selalu bermain d telinga anak2nya
Bismillah..
kif hal guys?..
Semoga suksess memburu rahmat Allah n LailatulQadar d bulan puasa ini..
setelah sekian lama gamaknya xmengupdet,,
hari ni tiba2 jari ni bermurah hati utk menari-nari d atas keyboard ini..
xde benda sgt pn nk menulis ni..
juz nk share sesuatu y telah sekian lama kawan2 bertanya..
"Ibrahim, 7 tahun ko driving, bawak kete xnk kalah ferrari..x pnh kne SAMAN ke?"
(Astaghfirullah..takut gk aku dgr ayat2 cmni..)
baik aku share, dapat pahala sket..[memudahkn perjalanan org] =)
caranya mudah..cumanya ramai yang terlepas pandang hal2 kecil ni..
sbb dah lama jari aku xmenari..so kurang stamina sket selain berpuasa sbg alasan kunonya..
1 je tips utk kali ni.. kasi banyak2 karang eksiden lak korang nnt..sbb serabut nk hafal semua =)
na'udzubillah..
ok caranya ialah ALERT dgn apdet2 pasal trafik dr teman2 y sporting, blogger2 y rajin, n GPS y sgt perihatin ttg kelajuan n arah tuju korg,,
ni aku copypaste sket ole2 hari raya dr blog member..memandangkan majoriti blog2 lain sama je isi lokasinya,,
malas lak nk otter2 infonya [plagiat skali skala]
bila makin hampir dgn lokasinya,,sila2 la perlahankan kenderaan anda ye,,
so, please take notes drivers n RANCANG perjalanan anda,,
-------------------------------------------------------------------------
Plus North Highway (From KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang
*area Sabah Sarawak jgn risau,,insyaALLAH line clear..
kalau xsayang kete,speeding la.. hehe
----------------------------------------------------------------
we do the best,, Allah do the rest..
"Formula kebangkitan umat mestilah berdasarkan teori Rasulullah dalam membangkitkan umat manusia"
Thursday, August 25, 2011
Tuesday, April 05, 2011
langkah tercipta~
Allah...
Pimpinlah diriku,
utk bangkit semula, meneruskan langkah,
perjuangan ini, cekalkan hati & semangatku, kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi kenyataan, padaMu ku meminta, daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu, segalanya dariMu..
Haruskah aku mengalah, namun jiwa ku b'bissik, inilah dugaan,
dan...mataku kini t'buka, pada hikmah dugaan, ujian keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkan ujian,
diluar kekuatan,
setiap diri insan...
22:27 04.04.11
Saturday, February 05, 2011
اخي انت حر
(Saudaraku, Engkau yang bebas)
Saudara, engkau yang bebas dari ikatan itu
Jika hanya kepada Allah engkau berpegang teguh
Maka apakah yang akan memudaratka engkau dari tipu helah manusia?
Saudaraku, adakah kau rasa jemu untuk berjuang
Dan engkau campakkan dari bahu engkau senjata
Maka siapakah bagi mangsa-mangsa itu yang bersimpati dengan luka-lukanya
Dan yang akan mengangkat panji-panji semula
Saudaraku, bahawa aku hari ini bagaikan tukul besi yang keras
Akanku hancurkan gunung-gunung yang terpacak (teguh)
Esok akan ku penggal dengan kapak yang yang menghancurkan
Kepala-kepala ular hinggga hancur
Saudaraku, jika air mata kau cucuri keatas ku
Dan ke atas kuburan ku kau tumpah dengan kusyuk
Maka nyalakanlah bagi mereka itu dari hancuran-hancuran lilin
Dan berjalanlah kamu dengannya kearah keagungan yang menanti
Saudaraku, jika kami mati akan kami temui kekasih kami
Kebun-kebun Tuhanku disediakan untuk kami,
Dan burung-burung mengepakkan sayap disekeliling kami,
Maka bahagialah bagi kami didunya yang kekal (akhirat)
Saudaraku, sesungguhnya aku tidakkan jemu berjuang,
Dan tidak akanku letakkan senjata,
Maka sekiranya mati, sesungguhnya aku syahid..
Dan kau akan meneruskan bagi kemenangan yang agung,
Akanku tuntut bela untuk tuhan n agama,
Dan akanku teruskan perjalanan ini dengan penuh keyakinan,
Samaada kearah kemenangan keatas makhluk,
Dan samaada kepada Allah di dalam yang kekal.
Terjemahan bait-bait Syair Asy-Syahid Sheikh Syed Qutb
Subscribe to:
Posts (Atom)