juz sbg TAZKEERAH utk aku pd musim cuti sem n cuti skola nih..
n alangkah indahnya jika dapat dikongsi bersama sahabat y lain..
actually entri ini dicopy n paste je..tp, takpe la..baik ade dr tade..huhu.
y penting .::.kita terisi n xdibiarkan kosong.::.
IJLIS BINAA, NU'MIN SA'AH~
..........................................................................................
Mu’min perlu memulai amal dakwah dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri mu’min ialah:
1. Kuat tubuh badan
- Dakwah – amanah dan tanggungjawab besar – perlukan badan yang sihat dan kuat
- Rasulullah s.a.w menitikberatkan soal ini. Maksud hadis: Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
- Pesanan ustaz Hasan: Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang memberi mudharat pada tubuh badan.
2. Akhlak yang mantap
- Akhlak kita ialah al-Quran dan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
- Dijelaskan beberapa unsur oleh ustaz Hassan dalam kewajipan da’I iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
3. Fikiran yang berpengetahun
- Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu untuk disampaikan kepada orang lain.
- Perlu bersumberkan kepada al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
- Pesan ustaz Hassan: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
- Mampu membaca al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salafussaleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4. Mampu berusaha
- Walaupun kaya, perlu bekerja.
- Tidak terlau mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
- Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
- Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.
- Menjauhi riba dalam semua lapangan.
- Menyimpan untuk waktu kesempitan.
- Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
- Memastikan setiap sen yang dibelanja tidah jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Aqidah yang sejahtera
- Redha dengan Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi.
- Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar,menjauhi dosa dan syubhat.
6. Ibadah yang betul
- Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya.
- Perlu belajar untuk memperbetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
- Tidak melampau (syadid) atau berkurang, tapi wasatiah (pertengahan).
7. Mampu melawan nafsu
- Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
- Tidak menghiraukan kata-kata orang dalam mengamalkan Islam.
- Da’I mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu
- Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
- Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
- “Aku adalah makhluk baru”, menjadi saksi kepada manusia.
9. Tersusan dalam urusan
- Untuk memanfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
- Da’I perlu kepada jadual harian yang tersusun.Berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai.
- Melakukan urusan mengikut keutamaan.
- Gunakan segala masa dan tenaga dengan tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain
- Da’I umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
- Da’I adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung pada da’i.
- Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
- Da’I berasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
thx n kredit to imran fadhil's blog .. utk sumber entri bernilai n berharga kali ini..JZkk
2 comments:
owh apakah maksud title blog ini...aseef, tak blaja arab dulu :D
nice sharing..1o pribadi muslim ni kena salu diingatkan..
tq
...muhasabah buat diriku....moga diri-ku istiqamah dijalan yg penuh ranjau berduri nii... sentiasalah ber-introspeksi ... teruskan berusaha dlm mengembalikan Ummah kpd Islam sebenar ..
diri-mu juga diriku ...
Post a Comment