"Formula kebangkitan umat mestilah berdasarkan teori Rasulullah dalam membangkitkan umat manusia"
Friday, April 03, 2009
peralihan
selamat tinggal paklah[yang saya kagumi]
n
selamat datang pakjib[belum tahu lagi]..
mlm smlm..
bz sungguh semalam..
polah assgnment utk di present hr tok..
tgh2 nak releks , sy merayau2 ke bilik kwn2 lain..
kebanyakan mereka berguling2 kerisauan..
sy tnye kenapa?
dia kata "ko tak risau ke esok n^_^b naik?..dah la KJ jd k.pmda ONMU.."
[wah..semangat nya]
bagus2..fikirkan masalah negara..
mak aih..baru perasan..[pemikiran saya pd asgnment y xsiap lagi hilang sebentar]
malas nak menaip lg time ni..
cuma tunggu dan lihat..
kadang2 memang senang utk berkata2, namimah, mengumpat, mengadu-domba, buat fitnah dsbg..tp..cuba kalau kitak org in their shoes"
mampu kah??
mahasiswa malaysia amat bhy kalau main2 cite politik ni..
tutp cerita dlu..
..................................................
tapi..
sentiasa bermain dlm hati "Rasulullah ada mengumumkan y baginda akan kenakan hukuman hudud walaupon anaknya sendiri y buat salah.."
cuba kalau mrjib isytiharkan...[sambil pegang C4]
"jika saya melakukan jenayah rasuah atau apa2 y kejam sepanjang saya memegang jawatan ini..bom lah saya dgn C4 ini]..tabik aa kalau gitu..
undilah ONMU..huhu
adakah anda yakin??
"saya yakin!!"
[saya telah menSUBJEKTIFkan semua ayat jawapan n persoalan saya]
-makanya,bermain lah dgn IQ anda dgn sebaiknya-
~wALLAHu a'lam~
Wednesday, March 25, 2009
.::.waktunya hampir tiba.::.
Alhamdulillah syukur kpd Allah krn Rahmat dan nikmat dr-Nya,dpt lg ana meneruskan perjalanan ini..
mcm lama tak apdet..sedar tak sedar, byk benda yang sudah berlaku dan berlalu..
1stly,Assalamualaikum kpd semua especially sahabat2 seperjuangan y sy terpisah dek sempadan GEOGRAFI ini..
gue kangen bangat sama kamu semua!~..
[haidar, idin, basyir, mangkoz, akhi, alexumar, tame, thaaqhib[makin tinggi moganya], roY K, jemah, sapek, madali,
al-nuDe, ibnu Raji, baem Z, ulama' mey peti[makin kurus moganya], manDan, o'elonsoRry, amin Rahman, afiQ, fayyad,
dll[taklarat nak taip semua...masa diperuntukkan hanya 30saat untuk list ini..hehe..kuatkan memoriku??]iQ500++
2ndly, tahniah kpd junior2 n sdara2ku y telah menerima keputusan SPM..
dari 12A1 hingga 12G14[ade ke G14?..kalo ade,repeat balik SPM la..toksah buat2 syukur!..hehe]
Alhamdulillah semuanya hebat2 insyaALLAH..segalanya ada hikmah-Nya~
ingat!!,rezeki di tangan tuhan..teruskan perJALANan, teruskan perJUANGan!~
3rdly, kepada anda y sedang membaca, sudahkah kita doakan saudara2 kita yang sedang berjuang?
especially y sedang berjihad menentang KUFFAR n xdilupakan juga mereke y sedang berjuang dalam apa jenis perjaungan
sekalipon
[berjuang: melawan hawa nafsu, menuntut ILMU{ramai y makin hampir dgn FINAL EXAM ni..pray for US},mencari rezeki, dll]
doa dan terus berdoa..
"antara doa y dimakbulkan ALLAH is doa sahabat utk sahabatnya y lain..
tp shbt y lain itu xtau y sahabatnya berdoa utknya.."huh berbelit tp benar!..[paham ke kalian?..hehe]
............................................
apa yang saya fikirkan sekarang..SEM depan insyaALLAH saya akan PRAKTIKAL di SEMENANJUNG..
i cant wait dat moment!~
why?..hehe
.................................................
pejam celik pejam celik..hampir sudah 2 tahun saya menetap di BORNEO ISLAND ini..
maka..apa y sudah sumbangkan diSINI??..
[muhasabah balik]
PART 1..
semasa awal2 datang..alhamdulillah bekalan masih penuh..cuma tinggal utk cari platform je utk diKONGSI..
kos y saya ambil adalah kos y paling pack disini..dgn 24 crdt hour..masa perlu diagih dgn BIJAK~
yup!~..seperti y ummi katakan.."IsLAM kat sarawak ni mcm telur..ramai y tidak faham ISLAM sbg ad-DEEN"
nope!~..seperti y kawan kata.."habis la ko ib'..kawan ngn org IBAN pakai cawat je la ko nnt"[dah pupus la tradisi ni]
"nanti bwk balik awek IBAN telinga panjang utk aku"[gilos gak mamat nih]
erm!~..seperti y paklang kata.."orang sana kasar2, kuat santau, main sihir dll..awak jgn cari pasal kat sana!"
hari pertama datang....
*seorg budak y tidak dikenali terkantoi tgk "blue" dgn aku..tp dia wat tatau..layan je..mcm mmg dah suasana sne
tgk "blue" secara open..
*pergi surau..hanya beberapa org je dtg utk solat berjemaah..boleh dikira dgn sebelah tangan je..
*balik bilik,rumet masih main game n tido..wat takkesa pon ngn SOLAT..mmg ya derg tak solat..adeh!satu keje!..
hari2 seterusnya..
*mula kelihatan senior2 y ada tajuk ISLAM di ICnya mabuk n ketuk2 bilik junior utk diragging..
*kekantoian botol2 n tin2 arak dalam tong sampah..
*ada senior ceritakan padaku tentang sebuah buku[sewa pompuan bwk tido]..saya wat2 muka nak tau..supaya dia xsegan nak cite..
[jahil gak betina2 kat sini]..
dan berbagai lagi karat2 JAHILIYYAH yang masih ada disini..
andaikata y bukan ISLAM lakukan..boleh dipertimbangkan lg..tp majoritinya y ada brand ISLAM di ICnya..
.......................
makanya saya jumpa JPS[jawatankuasa perwakilan surau]..satu2nya organisasi ISLAM y ada dalam U ini..
saya berdamping dengan mereka supaya tidak menjadi seperti seekor kambing y berseorangan dan dikelilingi oleh
serigala2 yang tuff2..
mmg peluang dakwah disini sangat besar..
lebih kurang 40% je muslim, y lain sume bukan..
dan saya..hampir mengKONVERTkan 3 org non-muslim..
tapi..apakan daya..saya masih baru disana dan baru nak sesuaikan dgn keadaan..
habis PART 1, sume lost contact...
pointer pelajaran saya ALHAMDULILLAH cantik~
........................
PART 2.
perjalanan makin best..
walaupon sorg senior JPS dah meninggalkan U ini..
perJALANAN tetap diteruskan..
saya diberikan jawatan sebagai lujnah PEMBANGUNAN INSAN..saya sedar, susah juga nak istiQomah dlm dakwah ini..
ALHAMDULILLAH pointer makin naik tp 1 paper sangkut[blank dlm dewan periksa]..
.......................
PART 3..
saya tukar strategi..
saya cuba cuit2 n bersentuh2 dgn JAHILIYYAH..
^^lepak2 sket, sembang2 ngn pompuan sket2, kwn2 hisap rokok saja saya tak halang, n biar je pompuan2 sekelas
dedahkan aurat^^
[bg saya,selagi tak test,mana nak tau]
yaa..mmg ada nikmatnya disitu..
nikmat keduniaan..
tp,time tu juga Saya diamanahkan utk menjadi YDP JPS..
makanya kelonggaran saya terbatas,takut jd FITNAH pd ISLAM!..
ALLAH masih memelihara saya..ALLAHUAKBAR!..
*ade gak kesah ade org kne santau(teringat citer paklang),makanya saya dipanggil utk ubatkan..
saya dgn berat hati cuba penuhi jemputan tersebut..
tp dlm perjalanan ke'sana' ade org call n bitau y orgnya dah OK..
ALHAMDULILLAH..ade gak seramnya disitu..hehe..
tak biasa la katakan~
pointer saya jatuh..tp tade repeat..
ALHAMDULILLAH tak teruk sangat..
...............................
PART 4..
Alhamdulillah MASJID dah terBINA..
makin ramai orang solat berJEMAAH di MASJID..
tp..
SAYA dah mula lemah..
tak semangat..
penat dgn kelas asik2 dr jam 8am-6pm..
tade mood dgn rakan2 di masjid..
rasa benci dgn BETINA2 dalam kelas saya[gemar benar tayang aurat mengalahkan non-muslim!,kuat terpekik n melolong
suka buat suara miang mengalahkan kucing,dll..xtau knp aku jd benci sgt2 dgn betina2 ni]..
rasa nak bunuh orang2 yang tidak SOLAT..
rasa anti dgn orang muslim yang masih bermain dipadang selepas AZAN MAGHRIB berkumandang..
saya rasa sgt DOWN!..
subuh dimasjid juga makin jarang, bangun malam apatah lagi..
saya ingin PULANG ke AMPANG..
tak sabar nak PRAKTIKAL..
n hendak reCHARGE semula "bateri"ku..
dan sy sgt rindu dgn AINUL mardhiyah bt Muhammad Juffri..huhu
...................................
tapi sebelum itu..
minggu in n mgu depan,banyak lagi test2 y menanti..
lagi 3 minggu nak FINAL EXAM..
lagi sebulan hendak lepaskan jawatan sbg pengerusi JPS..
masih berlambak ASSIGNMENT y nak disiapkan dan ia makin bertambah sejak kebelakangan ini!
final projek utk keusahawanan[ETR] habuk pon masih belum mula lg..
YA ALLAH...berikanlah aku keKUATan..
"wahai pembolak balik hati ini..tetapkanlah hatiku ini diatas AGAMA-Mu dan keTAATan kpd-Mu
dan diatas JALAN DAKWAH-Mu ya ALLAH~"
FINAL EXAM AKAN START PD 20APRIL-10MAY '09...
DO PRAY for ME ya teman2......
Wassalamullahi 'alaikum...
jaa~
Saturday, March 07, 2009
~poliTIKUS~
seminggu sudah berada di semenanjung ini..
kini tiba masanya utk berangkat ke Borneo Island..
skrg jam 3.15pm..
flight jam 4.20pm..
memuhasabah balik perjalanan2 sepanjang seminggu ini..
teringat semalam kami ke sebuah Universitas di Perak..
aku katakan pd mereka..
"ape kes kerajaan di perak skrg ni?"
"mahasiswa perak tak bangkit"
"takkan kami dari Borneo y nak turun jauh2 ni semata2 nak naikkan korg?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hehe..hangin juga sebahagian mereka..
mereka kata..
"kami anti politick"
"mahasiswa takleh join politik"
"politik kotor"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hehe..aku senyum..
aku reply
"tak suruh pon korg join politik..tp ambil tahu dan fikirkan"
"anti politik?..apa ertinya Islam itu syumul?"
"kalo kotor..takkan nak biarkan terus kotor??"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kini aku terbaca satu artikel y tidaklah ku percaya 100%..
tp cme ambil tahu dan fikirkan..
jika benar!!
sakitlah kita sebagai rakyat Malaysia!~
nak baca ARTIKEL itu..klik di SINI
Ya ALLAH..Peliharalah Kami dari segala keCELAKAAN!~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
check-in barang---
Saturday, February 21, 2009
.::Masjid Baru di UiTM Kota Samarahan, Sarawak::.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
1stly maaf kpd shbt di seberang laut sana y tertunggu2 new entri dr kamek, especially Alumni2 UiTM Sarawak n Ex- pemimpin JAWATANKUASA PERWAKILAN SURAU[JPS]..hehe
Alhamdulillah semalam [jumaat,200209] adalah antara hari2 y bersejarah buat warga UiTM Kota Samarahan, Sarawak iaitu Majlis Perasmian Masjid baru di sini..
Setelah 10 tahun usaha2 ustaz2ah n pemimpin2 ISLAM terdahulu n sekarang, akhirnya terbina juga Masjid ini..semoga pahala berterusan yang bercurah2 kepada pejuang2 ini..
Actually kamek orang dah solat di masjid itu secara officialnya dr hari selasa lg..
Tp perasmiannya hari jumaatnya skali teros solat jumaat yang dihandle sendiri oleh imam besar negeri Sarawak..xsangka pulak imam besar nk dtg [baru bajet nak bace khutbah semalam]..
Perasmian dilakukan oleh Ketua menteri Sarawak sendiri..YAB Dato’ Tuan Guru Hj Taib Mahmud.
Turut hadir, Imam Besar Negeri Sarawak [xigt nama], Ayahanda vice chancelor Dato’ Seri Ibrahim AbuShah, Ketua Pengarah CiTU Ust Rahimi n bakal pengganti ketua menteri Sarawak YAB Tan Sri Paduka Baginda Dato’ Ibrahim Bin Muhammad Juffri..
Yang wajib hadir, Pengarah Kampus UiTM Kota Samarahan Tan Sri Jamil hj Hamali
Hehe..Alhamdulillah juga kelihatan ramai muka2 baru datang ke masjid time solat2 fardhu sejak ada masjid baru ni..mungkin juga mereka mula termotivasi n terdorong semangat mereka dgn masjid ini...moganya berkekalan n lillahi ta’ala...ameen..
[[[Gambar2 nnt2 la upload..tak larat bergembeling tenaga dgn connection wireless y putus2 ni..InsyaALLAH
akn di updet entry ini..sabar yaa~]]]
oleh kerana asik kne komplen..terpaksa posting gambo awal2 sket..



Thursday, February 05, 2009
we will not go down..song 4 GAZA

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
All Music and Content Copyrighted. All rights reserved. © 2009
tahniah pada composer lagu ni..
tertarik sungguh dgn rentak lagu n liriknya..
kawan2 datang bilik pon mintak mainkan lagu ni..
ntah nape macam ada daya penarik je..
makanya, insyaALLAH pertengahan bln FEB ni,
aku n beberapa org senior y pandai main gitar akan bawa lagu ini ke dalam
FESTIVAL MULU..n mungkin akan diEDIT juga sket..
insyaALLAH its gonna be a part of da'wa here..
do pray 4 us..
wALLAHu a'lam~
Monday, January 26, 2009
~ai obat..ai obat..mari beli obat~ tp, jgn bli kot
bismillah..
erm..
mood, ikut cuaca di swk ni kot.. mendung ÷
~feh!..mane aku blaja tah..mungkin pening lps stadi kalkulus kot..erm~
kpd kwn2 kat smnjg, aku tak balik cuti thn br cina ni..
tiket mahalla..
act, cuti ni ade la gak planning2 nak gi masuk gua angin, daki gunung sri gading, explore swk..tp, kita hanya merancang, Allah y menentukan..
sini[baca sarawak] asik hujan tak henti2..
tp ape y agak bestnya..
dapat gak la aku meluangkan masa ngn bini aku[baca motorsikalku]..
habis aku pomen sane sini...n lastly..
sampai masanya aku cuba Ubat GeGaT + petrol ke dlm tank minyak aku..
........................................................
~kes ubat gegat..
last sem ade senior [team vespa perak] citer2 pasal ubat gegat y busuk itu ada org masukkan dlm tangki minyak..
aku y xberapa rajin dlm hal ubat gegat ni pon wat tatau jek..
time cuti sem tibe2 aku tercite kisah ubat gegat ini kat member aku y xcited memodified ketenya..
.::makanya kami wat research bersama::.
dia lebih advance sbb beberapa hari lps tu, dia dah cuba kat ketenya..
tp aku....
hehe..
kelmarin aku test 3 bijik..macam tade kesan...
makanya..
malam tahun br cina,tgh2 olang cina makan besar,
aku gi potrol station,
isi petrol rm2 n 60sen dr rm2 tu aku masukkan ke dlm satu botol mineral kecik..
pastu aku test taruk NAPHTHALENE tu lbey kurang 1/8 botol tu..
kocak2 sampai larut..
then tuang ke dlm tank..
snanya, aku takkesa sgt pasal org kata ianya bertindak sbg fuel saver, tp aku lebih berminat nak tgk prestasi enjin..
hasilnya:-
~yup, motorku berlari dgn kelajuan 120km/h dgn rileksnya,baru press sket, kepala mcm dah nk tertinggal kat belakang..[mcm dah hiperbola la plak!]hehe..
act,takut gak (laju2 sgt kang takut terbabas, dah la malam,jalan basah, gelap + sejuk. nk tambah seram lg,bayangkan tibe2 anjing lalu..feh...err!~seram!)
~bunyi enjinnya agak smooth dr sblmnya..(rase cam naik NINJA la plak!~..hehe[benar ni])
mmg ada kesan..
tp aku takkan teruskan..
sbbnya aku tak sekejam ZIONIS laknatullah..
sbg undergroundscientist,aku juga membuat kajian dr segi kimia n kesihatan..
ternyata hasil pembakarannya amatlah merbahaya..boleh menyebabkan kanser..
kalo ikut FiQh awlawiyat, perkara y mendatangkan lebih keburukan perlu ditegah dr perkara y mendatangkan sikit faedah..
bg aku[yang hanya inginkan kehebatan prestasi enjin] ianya hanyalah tahsinat iaitu sesuatu yang dipergunakan untuk menghias dan mempercantik kehidupan, dan
seringkali kita sebut dengan kamaliyyat (pelengkap).
dan bagi mereka y menggunakannya sebagai fuel saver, mana y lebih elok n jimat?
jimat minyak hanya beberapa ringgit or kos rawatan kanser, menyusahkan orang lain n kehilangan org y tersayang???? kalau nyamuk n other serangga dah gerenti mati..hehe
segalanya akan dipersoalkan juga kelak~..
wALLAHu a'lam~.
___________________________________
.::REFERENCES::.
1. MOTHBALLS / UBAT GEGAT AS FUEL SAVER? REVIEWS + THE FACTS + EFFECTS + HOW TO USE
2. Ubat Gegat!, Bahan Penjimatan Petrol??
3. Jimatkan Petrol dengan Ubat Gegat ??
ni sebahagian je..nak lebih lg, search sendiri ye..
penat dah menaip ni..
DAN ANDA DISYORKAN OLEH SAYA AGAR TIDAK MELAKUKANNYA..
CUKUPLAH PENCEMARAN ALAM Y DAH SEDIA ADA INI..
TU PON BELUM TERKAWAL LG!~..
Monday, January 12, 2009
~12.01.85 - 12.10.87 ^^ hepi anniversary ummi n ayah~
Alhamdulillah dpt gak belayar di alam maya ini walaupun agak bz pd sem ni..
actually, kat Borneo Island ni mmg amat payah nak dpt tenet ni..agak kuno..
tp mcm best..
InsyaALLAH akanku majukan Borneo Island ini..
1stly sy menyeru kepada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, anak2 buah, n teman2 dimana n sesiapa shj utk bertaQwa kpd Allah walau dimana sahaja..
2ndly BOIKOTlah barang2n ISRAEL laknatullah
3rdly doakanlah sahabat2 kita y merana di PALESTIN sana n doakan juga keCELAKAan utk YAHUDI y dilaknat..
............................................
kisah anniversary y ala2 tarikh lahirku~
pg td bangun jam 4.30..igt nak buat ape2 y patut pagi2 isnin ni..
tp sbb sejuk sgt..tdo balik...bangun2 jam 6..kelam kabut abes~
tgk jam..12 jan..
igt smlm ummi ada pesan.."esok 12jan..jgn lupa ya~.."
lepas abes klas..
sms ummi.."Anniversary tu ape.."
ummi pon reply, "anniversary tu ulang tahun perkahwinan le.."
feh,,baru jelas..
lps solat maghrib..mail lak sms.."Salam. Hr ni hr anniversary ummi n ayah ke 24. Nk bg ape aa?."
t'menung sebentar n reply "ntah"..
^^snanye..kalo 12.10 tu tau la sket ape y patut dikasi.. 12.01 kasi bunga n doa anak y soleh je kot..hehe
n lastly hepi ANNIVERSARY y ke 24 to UMMI n AYAH..semoga terus bahagia hingga ke anak cucu..
doakan kejayaan IB di University of Borneo Island ini..hehe
dats oll takat ni..
luv u oll..
wasalam
Sunday, December 21, 2008
Allah knows
A nasyid by Zain Bikha and Dawud Wharnsby Ali..
When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
Every grain of sand,
In every desert land,
He knows.Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.
..........................
bgn2 pagi lps solat subuh..
buka jap youtube..
usha2 nashid2 best..
tbe2 time vid lagu ni je..
terasa sesuatu..
memula tgk2 gitu je..
tp,
dgn rentak y agak sentimental..
wif a nice lyrics..
bermonolog seketika..
sbg muhasbah di pg hari..
terasa betapa ALLAH itu sgt2 maha dekat n maha sayang pd hamba-Nya..
tp kita??~
astaghfirullah~~
terasa sedikit keheningan pagi di miri,sarawak..
subhanALLAH
waALLAHu a'lam~
Thursday, December 18, 2008
~salam dari miri, sarawak
pertama2 skali, sy ingin mengajak diri saya n kawan2 y rajin melawat blog ini utk bertaQwa n merafakkn setinggi2 kesyukuran kpd ALLAH tuhan semesta alam..walau bagaimana keadaan kita skalipn..
posting kali ini agak spesel sbb dr miri, sarawak..
Alhamdulillah dapat juga berpijak lagi disini..antara tempat terawal aku membesar n pnoh sejarah..
antara benda y aku igt pasal miri ni~
1. tmpt 1st aku belajar di taski abim
2. da place where mail n uma lahir[derg masuk takyah nk kne sign2 pon]
3. tmpt 1st time aku cabut gigi kat klinik..smp dokter tu kne marah ngn aku "dokter bulak!"..
[nak je jmpe dokter tu balik n ucap terima kasih..sbb gigi aku kini cantik sgt..Alhamdulillah~..]
4. kereta proton putih n arnab2 kesayanganku..
5. gua niah, the grand old lady n many more..
kini macam org baru kuar dr hospital akibat hilang ingatan n dibawa ketempat y pernah dilaluinya utk mengembalikan ingatannya..
hehe..
dalam keseronokan..
lepas pulang dr ziarah2 tmpt ala2 nostalgia..
akupn terus manerkam laptop ibuku di hotel ni..
maka, my U stdnt portal di buka..
aku menunggu dgn penuh kesabaran..
fasa pertama..
"ouh..Alhamdulillah"[sbb semuanya pass dgn cemerlang] aku lafaz senyap2 sbb tamo riya' huhu..
tgk fasa kedua..
"erm..........."[ala2 terdiam] agak tak puas hati..agak kecewa..
ayat2 "laa tahzan" bermain2 di benak fikiranku...
biasa la kadang2 yang ini ok but the other lain lak citernya..
tu la mainan hidup..hehe
papehal, penantian mmg suatu penyiksaan~..[ye ke?]huhu
takpe2..perjalananmasih panjang..
ALLAH punya perancangan lg hebat aku yakin..
~Robbana la tuzigh Qulubana ba'daiz hadaytana wahablana milladunka rahmah..innaka antal wahhab~
~ya muQallibal Qulub, thabbit Qulubuna 'alaa deenik, wa 'alaa too'atik wa 'alaa toriQi da'watik~
pastikan hari esok lebih baik dr ini..
wassalam~
[nk tolong umar buat blognya..tbe2 lak dia nih nk memblog!~]
Wednesday, December 17, 2008
~bersabar diatas kesabaran~
12am..
aku dgn pnoh smangatnya menerjah laptopku y sentiasa m'on9kn dirinya doplopat jam..
"hoho...result keluar...ape la naseb aku kali ni?"..terngiang2 jauh disudut hati kecil ini..
masuk la aku ke my U student portal..
"lor..tak apdet2 lg ker"..
urm..sabo je la aku..
sambil2 tolong mail m'edit blognya...
jam 3am aku dah start ngantok..
bkk my U stdnt portal..
juga masih tiada..
debaran didada makin kuat getarannya umpama keretapi oldskul y tgh high speed diatas landasannya..
namun..aku tetap tidur lena wa nyenyak pg itu..
jam 7am..
ayahku gegarkn bilikku..[first time ni dia kejut]
aku pon terkejut..gaya mcm tanah nak runtuh.[dah terbayang mcm kat bukit antara bangsa la plak]
tgk jam..."astaghfirullah!~..lewat sgt ni.."
makanya bergegas aku melaksanakan tanggung jawab..
kemudian sambung stori dlm mimpiku..
tp kali ini stori2 itu tak bole lama2 kerna..
byk agenda pd hari ini..
antara y dh di mindset:
*mengecat bilik
*merepair sinki[tak terbuat]
*hantar ayah ke kl sentral [cancel]
*teman maklang ke janda baik
*hantar pembantu rumah ke rumah wan rembau
jam 8.30am..
sblm turun sarapan..
aku sergah laptopku skali lg..
kali ini laptopku wat2 tak terkejut..kononnya dah biasa..
masuk lg skali my U stdnt portal..
juga tiada..
aku turun sarapan n then
naik semula utk mengecat bilik..

[bersabar]
jam 12.30pm..
selepas menemankn ayahku jalan2..
sebelum bertolak ke janda baik..
lg skali aku membuka my U stdnt portal..
juga masih sama..tiada sebarang apdet..
n pd waktu itu maklang pon dh smp kt rumah..
makanya kami tros ke janda baik..
sbbnya imran[anak maklang a.k.a spupu aku nak register maahad kt sne]
sblm pergi ke maahad tu..
sempat gak aku menikmati air sungainya y sejuk hingga menusuk tulang
pd awalnya jalan2 je dlm air..sbb cetek..
last2 terjumpa port y agak dlm smp paras peha..
makanya~siapa bole tahan kalo dh jmpe lubok best!~..hehe



balik dr janda baik jam 6pm gitu lbh kurg..
tak smpt buat ape, tros naik atas..
cek lg skali..
makin aku hangin..
tertera di skrin.
18dec?..bole lak tukar last2 minit..
sian member2 aku di pedalaman..kuar ke bandar semata2 mencari CC utk cek result..
tp..ape bole buat..
mgkn ade masalahnya tersendiri..
makanya aku pon bersabar atas kesabaranku ini..
sabo je la yop!~
Sunday, December 14, 2008
~mengasah bakat kembali~
Assalamualaikum semua..~bismIllahirRahmanirRahim~
hehe..
bg y tertnye2 "pehal tbe2 buang tabiat nih?"
bg y tertnye2 "ko demam ke ape?"
bg y tertnye2 "pasal slow gler ko reply ni?"
n kpd mrk y telah meYM aku utk sembang2 isu2 hangat..sori la kurang respon sket..
mood a.k.a nafsu blogging aku up sket pagi ni [dh kol 4am pon]
jam 2250..
mansudan PM aku..
..............................................
raman: camne.
raman: ?
sifoo_IMJ: ok ja
[~~~blablabla~~]
raman: hmm./.
sifoo_IMJ: tu la pasal
sifoo_IMJ: man
sifoo_IMJ: ble flight?
raman: 18 hrbln ni
raman: hmm..
raman: mgkin aku di awal sket...sane..
sifoo_IMJ: pasal apa?
sifoo_IMJ: 18 aku ke miri
raman: ohw.....
raman: taksempat laa.nak jume..
raman: jumpe.
sifoo_IMJ: turun aa 17
sifoo_IMJ: hehe
........................................................
ktorg citer2 la sket isu2 best n dlm mse y sama aku sdg aktif melayar dr satu blog ke satu blog utk menambah sket fahaman n melihat aktiviti si empunya blog time cuti2 nih[mungkin juga blog anda sudah sy layari..hehe]..tanpa disedari, suasana2 dlm blog itu telah menaikkn keghairahanku utk menyapu sawang2, meRENOVATE n mengeCATsemula blogku y sdh hampir 4 tahun ini..
makanya sedang asyik melayar smbil mereply SMS[YM]..
tbe aku tukar topik~
..................................................
sifoo_IMJ: wah2
sifoo_IMJ: hangat blog ko ye man
sifoo_IMJ: hehehe
raman: ko aaa..pasal...
raman: seb bek ade org b-up...
raman: hmm..
sifoo_IMJ: sape?
sifoo_IMJ: man
raman: ape/?
sifoo_IMJ: mungkin kol 2330 nih aku nak tukar template
sifoo_IMJ: kat ne nak amik template best aa??
sifoo_IMJ: mcm ko tu ker
raman: search ....blogger templete....
raman: bnyak dooo
sifoo_IMJ: ek elee
raman: ko nye nampak simple sangt
sifoo_IMJ: y byk mmg byk
sifoo_IMJ: y best
sifoo_IMJ: aku mmg simple
sifoo_IMJ: hehe
sifoo_IMJ: lame dah tak tukar2 template ni
sifoo_IMJ: dah karat dah skill aku
raman: banyak bende doo ko nak kene save
raman: kalau nak tukar..
raman: nk kluar jap...
raman: ok...
raman: salamZZzzZ
......................................................
hehe..ayat2 man telah meningkatkn kandungan ADRENALINE dlm bdn aku [yeye je hormon adrenal..ntah2 progestron tak pon testosteron...hoho..byk lupe dah bio aku nih]..
tbe2 lak aku rase simple ni memBOSANkn..hehe..
plus+ plak mungkin aku tgh excited sbb Ayah kesayanganku telah pon beransur pulih dr demam DENGGInya n dibenarkan pulang petang semalam[kiranya sabtu la tu]..
~ALHAMDULILLAH~
seminggu gak la dia dok hospital n seminggu gak la akun famili ulang alik ke hospital..
y paling best smp beraya pon kt hospital..
tade rezeki la tahun ni nak nk balik kg n menyembelih+melapah spt thn2 y lalu..
1st time dlm seumur hidup..tp best gak la..pengalaman baru dlm hidop..hehe
tak lupa jg segala y berlaku ada HIKMAH-Nya~

tp skrg dah kol 0435..
mata xngantok..tp badan penat sbb taip n edit m'edit atas katil sambil terlentang ke kiri..lenguh bahu aku..

so keje edit m'edit utk 1st phase smp sini je la..
tp nk tanak kne tros stay up smp subuh..
kalo tak.......
dats ol..
wassalams
Sunday, November 30, 2008
10 ciri peribadi Mu'min..
juz sbg TAZKEERAH utk aku pd musim cuti sem n cuti skola nih..
n alangkah indahnya jika dapat dikongsi bersama sahabat y lain..
actually entri ini dicopy n paste je..tp, takpe la..baik ade dr tade..huhu.
y penting .::.kita terisi n xdibiarkan kosong.::.
IJLIS BINAA, NU'MIN SA'AH~
..........................................................................................
Mu’min perlu memulai amal dakwah dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri mu’min ialah:
1. Kuat tubuh badan
- Dakwah – amanah dan tanggungjawab besar – perlukan badan yang sihat dan kuat
- Rasulullah s.a.w menitikberatkan soal ini. Maksud hadis: Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
- Pesanan ustaz Hasan: Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang memberi mudharat pada tubuh badan.
2. Akhlak yang mantap
- Akhlak kita ialah al-Quran dan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
- Dijelaskan beberapa unsur oleh ustaz Hassan dalam kewajipan da’I iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
3. Fikiran yang berpengetahun
- Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu untuk disampaikan kepada orang lain.
- Perlu bersumberkan kepada al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
- Pesan ustaz Hassan: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
- Mampu membaca al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salafussaleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4. Mampu berusaha
- Walaupun kaya, perlu bekerja.
- Tidak terlau mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
- Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
- Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.
- Menjauhi riba dalam semua lapangan.
- Menyimpan untuk waktu kesempitan.
- Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
- Memastikan setiap sen yang dibelanja tidah jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Aqidah yang sejahtera
- Redha dengan Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi.
- Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar,menjauhi dosa dan syubhat.
6. Ibadah yang betul
- Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya.
- Perlu belajar untuk memperbetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
- Tidak melampau (syadid) atau berkurang, tapi wasatiah (pertengahan).
7. Mampu melawan nafsu
- Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
- Tidak menghiraukan kata-kata orang dalam mengamalkan Islam.
- Da’I mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu
- Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
- Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
- “Aku adalah makhluk baru”, menjadi saksi kepada manusia.
9. Tersusan dalam urusan
- Untuk memanfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
- Da’I perlu kepada jadual harian yang tersusun.Berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai.
- Melakukan urusan mengikut keutamaan.
- Gunakan segala masa dan tenaga dengan tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain
- Da’I umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
- Da’I adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung pada da’i.
- Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
- Da’I berasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
thx n kredit to imran fadhil's blog .. utk sumber entri bernilai n berharga kali ini..JZkk
Friday, September 26, 2008
5 days before final exam:
4 days before final exam:
3 days before final exam:
2 days before final exam:
1 day before final exam:
A night before final exam:
1 hour before final exam:
During the final exam:
Once walk out from the exam hall:
After the final exam, during the holiday:
[dikutip dr blog meor]
>halalkan aa meor..nnt abg ganti la balik..hehe<
fikiran y kini bercelaru..ntah y mana patutku utamakan..
final exam y makin dekat..need to perform well so that Allah sayang, xjd fitnah pd ISLAM, pointer menten above 3.5 mcm biasa, pelajar MUSLIM itu gempak!..
tp hati kecik ni rasa..
sepatah haprak pon aku tak paham ape y aku blaja kat kelas selama ini..
.......................................................................................
huraian??...maaf..xde mood!..
wALLAHu waRASULuhu a'lam..
wassalam..
Sunday, September 14, 2008
~Lirik Nasyid “Izzatul Islam - Sang Murabbi”~
agak terharu bila dgr nasyid ini..teringat pada Mu'allim, Mu'allimah, Ustaz, Ustazah, n sume Guru2 wa lecturer2 y pernah dan sudi berkorban segalanya untuk menTARBIYYAH dan mengAJAR DIRIku ini.. jasa n pengorbananmu dikenang selalu~~

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani

atas permintaan, saya sertakan v.clipnya~~
Wednesday, June 25, 2008
menyelesaikan masalah dgn akhlaq y mulia~
dgn gaya bahasa y ala2 keendonan[i like bhs endon..hehe] n cara dia mengolah segala persoalan n jawapan dgn cara y paling mudah n sng difahami dan disertakan juga dalil2 kukuh y berlandaskan Al-Quran wa hadeeth serta seerah Rasulullah n para sahabat..
Oleh Ust Dr Abdullah Yasin
(سورة آل عمران)
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Terjemahan:
“Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”
(Ali ‘Imran 3:159)
Mukaddimah :
Allah SWT berfirman: Siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (way out). (Ath-Thalaq :2). Berdasarkan ayat ini jelaslah bahwa segala masalah dapat diselesaikan dengan TAQWA.
TAQWA meliputi segala aspek kehidupan, moral ataupun material. Jalan taqwa itu terbahagi dua, ada yang bersifat konkrit, dan ada yang bersifat teknikal (adab).
Yang bersifat konkrit disebut: Al-Ahkaamut Taklifiyah seperti: Halal, Haram, Wajib, Sunat, Makruh dan Mubah. Dalam dunia hukum dikenal dengan Hukum Positif. Adapun hukum yang bersifat teknikal, dikenal dengan istilah: Adab atau Akhlak atau Al-Ahkaamul Akhlaqiyah.
Contohnya: Makan. Hukumnya mubah/halal. Teknikalnya dengan tangan kanan, didahului dengan basmalah, sesuap demi sesuap dan jangan terlalu kenyang tetapi sebaiknya hendaknya perut dibagi tiga: makanan, minuman dan udara, dan diakhiri dengan hamdalah.
Contoh lain: Tidak berteguran. Hukumnya haram. Teknik penyelesaiannya: Kalau terpaksa berbuat demikian tidak boleh lebih dari 3 hari. Dan menyapanya hendaklah dengan salam, dan yang lebih dahulu memberi salam dialah yang lebih baik.
Contoh lain: Syiqaq (pisah rumah antara suami isteri). Hukumnya haram. Teknikal penyelesaiannya: Damai atau cerai yang didahului dengan mengutus hakam (juru damai yang mengerti hukum agama) dari masing-masing pihak.
Dari contoh-contoh di atas jelaslah bahwa dengan adanya pembahagian dua jalan taqwa itu iaitu: Hukum Taklify dan Hukum Akhlaqy maka hukum-hukum taklifiyah itu dapat berakhir dengan baik dan menyenangkan semua pihak. Penyelesaian masalah seperti inilah yang barangkali dimaksudkan oleh pepatah orang tua-tua:
“Seperti menarik rambut dari tepung. Rambutnya tidak putus dan tepungnya tidak tumpah”.
Tafsiran Ayat :
“Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka”.
Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dan para sahabat telah mendapat anugerah sifat lemah-lembut dari Allah SWT. Itulah sebabnya mereka dapat menghadapi karenah atau sikap kasar orang-orang yang ingkar di zamannya dengan hati yang tabah dan akhirnya orang yang menentang kebenaran menjadi tunduk dan patuh kepada ajaran beliau. Ini adalah berkat kelembutan beliau, bukan kerana kekerasan atau sikap yang kasar.
“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”.
Sekiranya kamu menghadapi atau bergaul dengan mereka yang ingkar itu secara kasar, pastilah mereka akan bertempiar dan menjauhkan diri mereka dari kamu. Akhirnya hasrat sucimu itu yang ingin mengajak mereka ke jalan yang lurus (hidayah) akan sia-sia dan terbengkalai kerana sikap kamu sendiri.
Tujuan para Rasul diutus oleh Allah ialah agar mereka menyampaikan syare’at Allah kepada umat manusia. Tujuan itu tidak mungkin tercapai kecuali jika hati manusia cenderung kepada mereka dan jiwa merasa tenteram bersama mereka.
Dan maksud ini akan tercapai hanya jika para Rasul bersikap penyayang, berbudi mulia, suka memaafkan kesalahan mereka yang melakukan dosa.
“Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu”.
Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh oleh Allah agar memaafkan kesalahan orang-orang yang bersikap kasar terhadapnya. Bukan membalas kekasaran dengan kekasaran. Malahan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh agar memohon ampunan kepada Allah untuk mereka. Bukan berdendam. Bahkan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh supaya berbincang dan bermusyawarah dengan mereka kerana melalui musyawarah dan perbincangan banyak masalah boleh diselesaikan dengan sempurna.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.
Jika kamu telah membulatkan azam (tekad) untuk melakukan sesuatu sesudah bermusyawarah dan bertukar-tukar pandangan, maka bertawakallah (berserah dirilah) kepada Allah. Dan yang dimaksudkan dengan tawakkal di sini tentu saja setelah membuat persiapan dan pertimbangan sabab musabbab. Ini sebagaimana sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam) kepada seorang lelaki yang ingin meninggalkan untanya. Dia berkata: Ya Rasulullah, adakah aku tambatkan dia kemudian aku bertawakkal, ataukah aku biarkan dia lalu aku bertawakkal? Jawab Nabi (sallallahu alaihi wasalam):
“Tambatkan dia kemudian bertawakallah kamu”
[HR Ibnu Hibban – Sahih]
Pengajaran Ayat :
Berdakwah dengan pengertian “Watawaashau Bil Haq” iaitu berpesan-pesan dengan kebenaran, apakah dalam bentuk amar ma’ruf atau nahi munkar, hukumnya wajib dilakukan oleh setiap insan jika mereka benar-benar ingin terlepas dari kerugian. Lihat kandungan surah Al-‘Ashr, Ini Hukum Taklify.
Namun demikian, jangan lupa Hukum Adabnya (teknikalnya). Berdakwah mestilah dengan lemah lembut dan hikmah bijaksana. Hikmah dalam dakwah tidak ubahnya seperti bermain layang-layang. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan kita mestilah pandai mempertimbangkan kondisi angin, bila tali sepatutnya ditarik dan bila sepatutnya diulurkan.
Dan ditinjau dari sudut lain pula kita juga mesti mengenalpasti jenis kemungkaran yang akan ditegur. Darjat kemungkaran tidak sama. Ada dosa besar dan ada dosa kecil. Demikian juga dengan bid’ah. Walaupun semua bid’ah adalah sesat, namun darjat kesesatannya tidak sama. Ada Bid’ah Hakikiyah dan ada Bid’ah Idhaafiyah. Ada bid’ah yang membawa kufur, dan ada pula bid’ah yang tidak membawa kufur.
Tugas pendakwah sama dengan tugas doktor. Untuk mendapat hasil rawatan yang memuaskan, doktor mesti pastikan terlebih dahulu jenis penyakit dan kadar penyakit (serius atau ringan) kemudian barulah tentukan ubatnya yang sesuai. Doktor juga akan mempertimbangkan kadar akibat sampingan (side effect) dari ubat yang diberikannya kepada pesakit berkenaan.
Doktor tidak akan lekas panik jika pesakit memarahinya, kerana ia tahu pesakit memang tidak sihat. Doktor tidak akan berkecil hati dengan telatah pesakit yang kurang menyenangkan kerana ia memang ikhlas ingin membantu pesakit.
Kesimpulan :
- Sifat lemah-lembut adalah anugerah pemberian Allah kepada siapa yang Dia kehendaki. Bersyukurlah jika anda telah mendapatnya. Keras dan kasar hanya akan menggagalkan dakwah.
- Tahlil, Qunut Subuh, “Ushally”, Kenduri Arwah bukanlah bid’ah yang membawa kepada kekafiran. Oleh itu pandai-pandailah anda berdakwah. Yang penting jangan korbankan silaturrahim hanya disebabkan perkara kecil itu.
- Ingat selalu: Tugas pendakwah sama dengan tugas para Rasul iaitu Menyampaikan Kebenaran, bukan memaksa. Jika mereka menerima Alhamdulillah. Jika tidak jangan segera memulaukan mereka kerana mereka masih memerlukan bantuan. Lebih-lebih lagi jika mereka kaum kerabat kita sendiri.
- Berusahalah terus jangan lekas putus asa. Air yang lembut akan dapat melubangi batu yang keras jika titisannya tidak berhenti. Dan berdoalah kepada Allah:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَحَبَّنِى . اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَسَآءَ إِلَيَّ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang mengasihiku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang berbuat jahat kepadaku.
Friday, June 20, 2008
heh..ada menariknya cerita anak buah si tame nih..
aku suka gelagat budak nih...
setelah aku asyik metrekking di gunung alam maya ini..
terjumpa dgn 1 blog..amat menarik n tertarik akan cara n system tarbiyyahnya di rumah..
krdt gak kpd kak Nurul Yaqeen or lebih femes dgn Dr Nurul Yaqeen[abes gak krdt aku nih nnt..asik bg org je!]..kakyong kpd Syamil Esa(sahabatku) n hikmat esa, spupu kpd Amad K(JUNIORku y paling best n sempoi) n dlu pernah jd senior s paktehku[Dr Muhd Zamri Harun] di hospital seremban [kot..tak igt hospital ape]..
pinjam cite ye Dr..
ape kesahnya??..ini kesahnya>
.....................................................................................................
salam
Ketika saya sedang meng'iron' baju, Luqman telah bermain-main dengan alat penyembur air, sambil menyembur-nyemburkan airnya di merata-rata tempat. Habis basah sebahagian daripada 'ironing board' itu. Saya lalu mensihatinya:
Saya: Luqman, tak soleh main air macam tu. Nanti Allah marah, rasul marah, ummi marah, walid marah, semua orang marah nanti.
Luqman: Ooo..Nanti Allah marah ke?
Saya:Iye..
Luqman: Nanti Rasul marah ke?
Saya: Iye..
Luqman: Nanti Ummi marah ke?
Saya:Iye..(dah 3x cakap bende yg sama..ok..)
Luqman: Nanti Waleed marah ke?
Saya: Iye..
Luqman: Nanti semua orang marah ke?
Saya: Iye..(alhamdulillah..akhirnya da selesai)
10 minit kemudian, Syed Iqbal didapati sedang menggigit-gigit selimut di katil yang berdekatan. Lalu, berlakulah dialog antara Syed Luqman dan Syed Iqbal:
Luqman: Iqbal..tak soleh gigit-gigit selimut macam tu. Nanti Allah marah, Rasul marah, Ummi marah, Waleed marah..Abang Luqman marah..semua orang marah nanti.
Iqbal:Da..da..nyum..nyum..(sambil meneruskan aktivitinya menggigit selimut.
Saya hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Cepat sungguh kanak-kanak ini mempelajari sesuatu dan meniru perbuatan ibu bapanya. Yang paling tak tahan, adalah apabila Luqman turut menyelitkan namanya di dalam list 'orang yang akan marah' itu. Oh ya..Luqman telah mula menggunakan perkataan 'Abang' Luqman dan 'Adik' Iqbal sejak akhir-akhir ini..alhamdulillah..semakin matang nampaknya dia:)
Posted by Dr Nurul Yaqeen at 10:29 PM
...................................................................................................................
nampak biasa..
mmg biasa..
pernahkah jd amalan?
mengingatkn kpd Allah n, Rasulnya n ulil amri minkum..
menitik beratkan soal 'Akidah sejak dr kecil..
snanye byk lg kisah2 pasal budak2 kecik nih..
tp amik cite y ade tercoret skrg ni la..
nk tgk lg??..cari la mane2 blog..tak pon tgk kat SaifulIslam.com..menarik gak citer2 dia
erm..
adakah dikatakan sdg mencorakkan kain putih dgn sebaiknya..
apakah ini dikatakan TARBIYYAH dr rumah?
BaitulMuslim??
bg mereka y akan menjalani alam rumahtangga..
bg mereka y akan menimang cahaya mata..
bg mereka y sedang mencorakkan cahayamata..
moga dpt mengambil iktibar n istiqomah dlm segala amalan..
bg y mungkin agak tersilap mencorakkannya dan ingin menukar coraknya semula..
rasanya tidak pernah ada istilah sudah terlambat utk mencoraknya selagi mana masih bergelar "anak" y berstatus bujang or dara..koz kalo dah 40 lbey, mmg parah aa..dh agak permanent!~
.::.yang penting doa dan usaha.::.
ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
kita hanya berusaha tp Allah y menentukannya..
wAllahua'lam..
[cme fikrah dr manusia biasa & tak berpengalaman dalam hal ini]
xsalah mula memikirkan soal pembentukan AkhlaqMuslim dr sistem didikan di Rumah..
adakah ini sikap pemimpin negara kita y kononnya negara ISLAM??
kampongboy89: kerajaan bn ni
kampongboy89: dia fikir nak senang tok diri dia jerl
kampongboy89: x fikir
kampongboy89: org lain
sifoo_IMJ: parti barang naik??
kampongboy89: haah
kampongboy89: ni ha
kampongboy89: bn bukan barang naik
kampongboy89: tapi babi negara
sifoo_IMJ: lor
sifoo_IMJ: ganas sgt ayat tuh
kampongboy89: dgr ni
kampongboy89: aku nak ko tgk ni
sifoo_IMJ: tak sesuai bg kte org muslim ckp cmtuh
kampongboy89: khairi jamaludin kata
kampongboy89: PKR
kampongboy89: projek khinzir negara
kampongboy89: tapi
kampongboy89: bila kiter kata BN babi neara
kampongboy89: punya marah
sifoo_IMJ: bknnye PKR nye keje pon projek sejuta tuh
kampongboy89: dia cakap kita dulu boleh
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y
sifoo_IMJ: ye la
kampongboy89: ko tgk nih
sifoo_IMJ: tau
sifoo_IMJ: takkan aa kte nk sme cm derg
sifoo_IMJ: kalo kte pon ckp cmtu maksudnya
sifoo_IMJ: kte tade bezanyha dgn derg
kampongboy89: yer ls
kampongboy89: la
kampongboy89: k
sifoo_IMJ: aku tgk debat nih aritu smp abes
sifoo_IMJ: mmg jahat derg
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: hm
sifoo_IMJ: siap kata parti kencing rakyat aa
........................................................................................
bayangkan aa tayangan ini live dr sidang parlimen..
adakah ini contoh teladan y baik bg remaja y sedang mencari identiti dan idola utk mereka ikut skrg>?
masalah remaja skrg..salah siapa?.

tatkala status di YMku tertulis
"aku mengimpikan rijal2 spt saidina umar, abd rahman al-auf, khalid al-walid, dll utk menolong aku dlm perjuangan ini~"
tbe2 seorg sahabatku memberi respon..
krdt utk Azrul kerana peka dgn perubahan situasi disekelilingnya..
even sekecik2 status di YM pon dia boleh sedar..
apa dibualkan??..hehe.
kampongboy89: kanak2
kampongboy89: sekarang
kampongboy89: dilali kan dgn hiburan
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=A5bFQgPZLuk
sifoo_IMJ: btol2
sifoo_IMJ: pasai aa
sifoo_IMJ: tergoda doo
sifoo_IMJ: haha
kampongboy89: heheh
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: heheh
sifoo_IMJ: sian
kampongboy89: sebenanyer
sifoo_IMJ: elok2 umpama kain putih
sifoo_IMJ: nih dah macam kain kapan dr kubur
kampongboy89: tuh ar
berbangga seketika aku dgn Azrul dek krn perbualan y tak lebih 5min td..
disitu terserlah fikrah seorg bakal mahasiswa di UTM skudai dlm bidang kejuruteraan petrolium..
bagus ada sedikit kesedaran dari tiada langsung..
ketahuilah bahawasanya HIBURAN y melampau adalah antara agenda YAHUDI utk merosakkan UMAT ISLAM hari ini..
fikir2kan lah~
wAllahua'lam