Pages

Sunday, September 14, 2008

~Lirik Nasyid “Izzatul Islam - Sang Murabbi”~

Bismillah..

agak terharu bila dgr nasyid ini..teringat pada Mu'allim, Mu'allimah, Ustaz, Ustazah, n sume Guru2 wa lecturer2 y pernah dan sudi berkorban segalanya untuk menTARBIYYAH dan mengAJAR DIRIku ini.. jasa n pengorbananmu dikenang selalu~~

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi


Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu


Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu


Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu


Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu


Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati


Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani



atas permintaan, saya sertakan v.clipnya~~

Wednesday, June 25, 2008

menyelesaikan masalah dgn akhlaq y mulia~

aku slalu tertarik dgn tajuk2 n cara penyampaian oleh ustaz Abdullah yasin ni..
dgn gaya bahasa y ala2 keendonan[i like bhs endon..hehe] n cara dia mengolah segala persoalan n jawapan dgn cara y paling mudah n sng difahami dan disertakan juga dalil2 kukuh y berlandaskan Al-Quran wa hadeeth serta seerah Rasulullah n para sahabat..


Oleh Ust Dr Abdullah Yasin

(سورة آل عمران)

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Terjemahan:

Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”

(Ali ‘Imran 3:159)

Mukaddimah :

Allah SWT berfirman: Siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (way out). (Ath-Thalaq :2). Berdasarkan ayat ini jelaslah bahwa segala masalah dapat diselesaikan dengan TAQWA.

TAQWA meliputi segala aspek kehidupan, moral ataupun material. Jalan taqwa itu terbahagi dua, ada yang bersifat konkrit, dan ada yang bersifat teknikal (adab).

Yang bersifat konkrit disebut: Al-Ahkaamut Taklifiyah seperti: Halal, Haram, Wajib, Sunat, Makruh dan Mubah. Dalam dunia hukum dikenal dengan Hukum Positif. Adapun hukum yang bersifat teknikal, dikenal dengan istilah: Adab atau Akhlak atau Al-Ahkaamul Akhlaqiyah.

Contohnya: Makan. Hukumnya mubah/halal. Teknikalnya dengan tangan kanan, didahului dengan basmalah, sesuap demi sesuap dan jangan terlalu kenyang tetapi sebaiknya hendaknya perut dibagi tiga: makanan, minuman dan udara, dan diakhiri dengan hamdalah.

Contoh lain: Tidak berteguran. Hukumnya haram. Teknik penyelesaiannya: Kalau terpaksa berbuat demikian tidak boleh lebih dari 3 hari. Dan menyapanya hendaklah dengan salam, dan yang lebih dahulu memberi salam dialah yang lebih baik.

Contoh lain: Syiqaq (pisah rumah antara suami isteri). Hukumnya haram. Teknikal penyelesaiannya: Damai atau cerai yang didahului dengan mengutus hakam (juru damai yang mengerti hukum agama) dari masing-masing pihak.

Dari contoh-contoh di atas jelaslah bahwa dengan adanya pembahagian dua jalan taqwa itu iaitu: Hukum Taklify dan Hukum Akhlaqy maka hukum-hukum taklifiyah itu dapat berakhir dengan baik dan menyenangkan semua pihak. Penyelesaian masalah seperti inilah yang barangkali dimaksudkan oleh pepatah orang tua-tua:

Seperti menarik rambut dari tepung. Rambutnya tidak putus dan tepungnya tidak tumpah”.

Tafsiran Ayat :

Maka disebabkan dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka”.

Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dan para sahabat telah mendapat anugerah sifat lemah-lembut dari Allah SWT. Itulah sebabnya mereka dapat menghadapi karenah atau sikap kasar orang-orang yang ingkar di zamannya dengan hati yang tabah dan akhirnya orang yang menentang kebenaran menjadi tunduk dan patuh kepada ajaran beliau. Ini adalah berkat kelembutan beliau, bukan kerana kekerasan atau sikap yang kasar.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”.

Sekiranya kamu menghadapi atau bergaul dengan mereka yang ingkar itu secara kasar, pastilah mereka akan bertempiar dan menjauhkan diri mereka dari kamu. Akhirnya hasrat sucimu itu yang ingin mengajak mereka ke jalan yang lurus (hidayah) akan sia-sia dan terbengkalai kerana sikap kamu sendiri.

Tujuan para Rasul diutus oleh Allah ialah agar mereka menyampaikan syare’at Allah kepada umat manusia. Tujuan itu tidak mungkin tercapai kecuali jika hati manusia cenderung kepada mereka dan jiwa merasa tenteram bersama mereka.

Dan maksud ini akan tercapai hanya jika para Rasul bersikap penyayang, berbudi mulia, suka memaafkan kesalahan mereka yang melakukan dosa.

Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu”.

Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh oleh Allah agar memaafkan kesalahan orang-orang yang bersikap kasar terhadapnya. Bukan membalas kekasaran dengan kekasaran. Malahan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh agar memohon ampunan kepada Allah untuk mereka. Bukan berdendam. Bahkan Nabi (sallallahu alaihi wasalam) disuruh supaya berbincang dan bermusyawarah dengan mereka kerana melalui musyawarah dan perbincangan banyak masalah boleh diselesaikan dengan sempurna.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Jika kamu telah membulatkan azam (tekad) untuk melakukan sesuatu sesudah bermusyawarah dan bertukar-tukar pandangan, maka bertawakallah (berserah dirilah) kepada Allah. Dan yang dimaksudkan dengan tawakkal di sini tentu saja setelah membuat persiapan dan pertimbangan sabab musabbab. Ini sebagaimana sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam) kepada seorang lelaki yang ingin meninggalkan untanya. Dia berkata: Ya Rasulullah, adakah aku tambatkan dia kemudian aku bertawakkal, ataukah aku biarkan dia lalu aku bertawakkal? Jawab Nabi (sallallahu alaihi wasalam):

Tambatkan dia kemudian bertawakallah kamu

[HR Ibnu Hibban – Sahih]

Pengajaran Ayat :

Berdakwah dengan pengertian “Watawaashau Bil Haq” iaitu berpesan-pesan dengan kebenaran, apakah dalam bentuk amar ma’ruf atau nahi munkar, hukumnya wajib dilakukan oleh setiap insan jika mereka benar-benar ingin terlepas dari kerugian. Lihat kandungan surah Al-‘Ashr, Ini Hukum Taklify.

Namun demikian, jangan lupa Hukum Adabnya (teknikalnya). Berdakwah mestilah dengan lemah lembut dan hikmah bijaksana. Hikmah dalam dakwah tidak ubahnya seperti bermain layang-layang. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan kita mestilah pandai mempertimbangkan kondisi angin, bila tali sepatutnya ditarik dan bila sepatutnya diulurkan.

Dan ditinjau dari sudut lain pula kita juga mesti mengenalpasti jenis kemungkaran yang akan ditegur. Darjat kemungkaran tidak sama. Ada dosa besar dan ada dosa kecil. Demikian juga dengan bid’ah. Walaupun semua bid’ah adalah sesat, namun darjat kesesatannya tidak sama. Ada Bid’ah Hakikiyah dan ada Bid’ah Idhaafiyah. Ada bid’ah yang membawa kufur, dan ada pula bid’ah yang tidak membawa kufur.

Tugas pendakwah sama dengan tugas doktor. Untuk mendapat hasil rawatan yang memuaskan, doktor mesti pastikan terlebih dahulu jenis penyakit dan kadar penyakit (serius atau ringan) kemudian barulah tentukan ubatnya yang sesuai. Doktor juga akan mempertimbangkan kadar akibat sampingan (side effect) dari ubat yang diberikannya kepada pesakit berkenaan.

Doktor tidak akan lekas panik jika pesakit memarahinya, kerana ia tahu pesakit memang tidak sihat. Doktor tidak akan berkecil hati dengan telatah pesakit yang kurang menyenangkan kerana ia memang ikhlas ingin membantu pesakit.

Kesimpulan :

  • Sifat lemah-lembut adalah anugerah pemberian Allah kepada siapa yang Dia kehendaki. Bersyukurlah jika anda telah mendapatnya. Keras dan kasar hanya akan menggagalkan dakwah.
  • Tahlil, Qunut Subuh, “Ushally”, Kenduri Arwah bukanlah bid’ah yang membawa kepada kekafiran. Oleh itu pandai-pandailah anda berdakwah. Yang penting jangan korbankan silaturrahim hanya disebabkan perkara kecil itu.
  • Ingat selalu: Tugas pendakwah sama dengan tugas para Rasul iaitu Menyampaikan Kebenaran, bukan memaksa. Jika mereka menerima Alhamdulillah. Jika tidak jangan segera memulaukan mereka kerana mereka masih memerlukan bantuan. Lebih-lebih lagi jika mereka kaum kerabat kita sendiri.
  • Berusahalah terus jangan lekas putus asa. Air yang lembut akan dapat melubangi batu yang keras jika titisannya tidak berhenti. Dan berdoalah kepada Allah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَحَبَّنِى . اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِمَنْ أَسَآءَ إِلَيَّ

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang mengasihiku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang berbuat jahat kepadaku.

Friday, June 20, 2008

heh..ada menariknya cerita anak buah si tame nih..

huhu..
aku suka gelagat budak nih...

setelah aku asyik metrekking di gunung alam maya ini..
terjumpa dgn 1 blog..amat menarik n tertarik akan cara n system tarbiyyahnya di rumah..
krdt gak kpd kak Nurul Yaqeen or lebih femes dgn Dr Nurul Yaqeen[abes gak krdt aku nih nnt..asik bg org je!]..kakyong kpd Syamil Esa(sahabatku) n hikmat esa, spupu kpd Amad K(JUNIORku y paling best n sempoi) n dlu pernah jd senior s paktehku[Dr Muhd Zamri Harun] di hospital seremban [kot..tak igt hospital ape]..

pinjam cite ye Dr..

ape kesahnya??..ini kesahnya>
.....................................................................................................

Luqman menasihati Iqbal
[macam tajuk dlm cite doraemon n sinchan la plak]

salam

Ketika saya sedang meng'iron' baju, Luqman telah bermain-main dengan alat penyembur air, sambil menyembur-nyemburkan airnya di merata-rata tempat. Habis basah sebahagian daripada 'ironing board' itu. Saya lalu mensihatinya:

Saya: Luqman, tak soleh main air macam tu. Nanti Allah marah, rasul marah, ummi marah, walid marah, semua orang marah nanti.

Luqman: Ooo..Nanti Allah marah ke?

Saya:Iye..

Luqman: Nanti Rasul marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti Ummi marah ke?

Saya:Iye..(dah 3x cakap bende yg sama..ok..)

Luqman: Nanti Waleed marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti semua orang marah ke?

Saya: Iye..(alhamdulillah..akhirnya da selesai)


10 minit kemudian, Syed Iqbal didapati sedang menggigit-gigit selimut di katil yang berdekatan. Lalu, berlakulah dialog antara Syed Luqman dan Syed Iqbal:

Luqman: Iqbal..tak soleh gigit-gigit selimut macam tu. Nanti Allah marah, Rasul marah, Ummi marah, Waleed marah..Abang Luqman marah..semua orang marah nanti.

Iqbal:Da..da..nyum..nyum..(sambil meneruskan aktivitinya menggigit selimut.

Saya hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Cepat sungguh kanak-kanak ini mempelajari sesuatu dan meniru perbuatan ibu bapanya. Yang paling tak tahan, adalah apabila Luqman turut menyelitkan namanya di dalam list 'orang yang akan marah' itu. Oh ya..Luqman telah mula menggunakan perkataan 'Abang' Luqman dan 'Adik' Iqbal sejak akhir-akhir ini..alhamdulillah..semakin matang nampaknya dia:)

Posted by Dr Nurul Yaqeen at 10:29 PM

...................................................................................................................


nampak biasa..
mmg biasa..
pernahkah jd amalan?
mengingatkn kpd Allah n, Rasulnya n ulil amri minkum..
menitik beratkan soal 'Akidah sejak dr kecil..

snanye byk lg kisah2 pasal budak2 kecik nih..
tp amik cite y ade tercoret skrg ni la..
nk tgk lg??..cari la mane2 blog..tak pon tgk kat SaifulIslam.com..menarik gak citer2 dia

erm..
adakah dikatakan sdg mencorakkan kain putih dgn sebaiknya..
apakah ini dikatakan TARBIYYAH dr rumah?
BaitulMuslim??

bg mereka y akan menjalani alam rumahtangga..
bg mereka y akan menimang cahaya mata..
bg mereka y sedang mencorakkan cahayamata..
moga dpt mengambil iktibar n istiqomah dlm segala amalan..

bg y mungkin agak tersilap mencorakkannya dan ingin menukar coraknya semula..
rasanya tidak pernah ada istilah sudah terlambat utk mencoraknya selagi mana masih bergelar "anak" y berstatus bujang or dara..koz kalo dah 40 lbey, mmg parah aa..dh agak permanent!~
.::.yang penting doa dan usaha.::.
ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

kita hanya berusaha tp Allah y menentukannya..
wAllahua'lam..

[cme fikrah dr manusia biasa & tak berpengalaman dalam hal ini]
xsalah mula memikirkan soal pembentukan AkhlaqMuslim dr sistem didikan di Rumah..

adakah ini sikap pemimpin negara kita y kononnya negara ISLAM??

aku tertarik lg dgn hasil perbualan aku dgn Azrul..

kampongboy89: kerajaan bn ni
kampongboy89: dia fikir nak senang tok diri dia jerl
kampongboy89: x fikir
kampongboy89: org lain
sifoo_IMJ: parti barang naik??
kampongboy89: haah
kampongboy89: ni ha
kampongboy89: bn bukan barang naik
kampongboy89: tapi babi negara
sifoo_IMJ: lor
sifoo_IMJ: ganas sgt ayat tuh
kampongboy89: dgr ni
kampongboy89: aku nak ko tgk ni
sifoo_IMJ: tak sesuai bg kte org muslim ckp cmtuh
kampongboy89: khairi jamaludin kata
kampongboy89: PKR
kampongboy89: projek khinzir negara
kampongboy89: tapi
kampongboy89: bila kiter kata BN babi neara
kampongboy89: punya marah
sifoo_IMJ: bknnye PKR nye keje pon projek sejuta tuh
kampongboy89: dia cakap kita dulu boleh
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y

sifoo_IMJ: ye la
kampongboy89: ko tgk nih
sifoo_IMJ: tau
sifoo_IMJ: takkan aa kte nk sme cm derg
sifoo_IMJ: kalo kte pon ckp cmtu maksudnya
sifoo_IMJ: kte tade bezanyha dgn derg
kampongboy89: yer ls
kampongboy89: la
kampongboy89: k
sifoo_IMJ: aku tgk debat nih aritu smp abes
sifoo_IMJ: mmg jahat derg
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: hm
sifoo_IMJ: siap kata parti kencing rakyat aa

........................................................................................

bayangkan aa tayangan ini live dr sidang parlimen..
adakah ini contoh teladan y baik bg remaja y sedang mencari identiti dan idola utk mereka ikut skrg>?

masalah remaja skrg..salah siapa?.



tatkala status di YMku tertulis

"aku mengimpikan rijal2 spt saidina umar, abd rahman al-auf, khalid al-walid, dll utk menolong aku dlm perjuangan ini~"

tbe2 seorg sahabatku memberi respon..
krdt utk Azrul kerana peka dgn perubahan situasi disekelilingnya..
even sekecik2 status di YM pon dia boleh sedar..

apa dibualkan??..hehe.

kampongboy89: kanak2
kampongboy89: sekarang
kampongboy89: dilali kan dgn hiburan
kampongboy89: http://www.youtube.com/watch?v=A5bFQgPZLuk
sifoo_IMJ: btol2
sifoo_IMJ: pasai aa
sifoo_IMJ: tergoda doo
sifoo_IMJ: haha
kampongboy89: heheh
kampongboy89: tuh la
kampongboy89: heheh
sifoo_IMJ: sian
kampongboy89: sebenanyer
sifoo_IMJ: elok2 umpama kain putih
sifoo_IMJ: nih dah macam kain kapan dr kubur
kampongboy89: tuh ar


berbangga seketika aku dgn Azrul dek krn perbualan y tak lebih 5min td..
disitu terserlah fikrah seorg bakal mahasiswa di UTM skudai dlm bidang kejuruteraan petrolium..
bagus ada sedikit kesedaran dari tiada langsung..

ketahuilah bahawasanya HIBURAN y melampau adalah antara agenda YAHUDI utk merosakkan UMAT ISLAM hari ini..

fikir2kan lah~
wAllahua'lam

Thursday, June 19, 2008

hujah ttg minyak y mengasyikkan





mmg dekat di hati~
andai kata xdpt tgk vidnya..klik pd logo tv9 diatas

Thursday, June 12, 2008

minyak oh minyak..xsia2 rasanya jd org minyak

[040608, Rabu] di kampongku y permai lg indah, N9…

Pkl 7.20, tibe maklong aku dtg n b’kata ib’, harga minyak naik sblm pkl 9 nnt..baik ko pegi penuhkan tangki van ko tu cepat”..

Harga minyak naik??..[dalam hati aku…yeye jek maklong aku nih..takkan aa tibe2 je!]

Terkejut gak aku time tuh..dah la ummi n ayah ke London..duit sape nk aku songlap..takkan aa nk advancekn duit aku dlu..malas btol aa..

pastuh nak jln2 ke Melaka 6hb iaitu lusanya..

takpe la..

Kalo bwk savvy takpe gak..nih citreon..

“Tak isi parah gak nih”..

Tgk tangki kat van evasion tuh..feh!~ sparuh jek minyak..

Malam tuh usaha la isi..

Smp2 je..mak aih! Panjang gler..selit punya selit, Alhamdulillah dpt gak beratur dpn2..

Isi2 jek, penuh RM102..tu baru dr separuh tank..tutup mata je aa kuar duitnya

Erm..

Harga minyak naik lg?..salahkan sapa?..

Harga minyak seluruh dunia naik..

Perlu kah kelamkabut sgt kerana Negara kita Negara subsidi, rakyat subsidi??..

…………………………………..

Haha..andaian aku n senario kini..

Pasnih

~pd 040608 sblm pkl 0000am stsn minyak penoh sgt2, y amat sgt..lps kol 0000am jek, lengang tros stsn2 minyak…gler kagum..

~harga minyak n barang2 sume keje nk naik jek..tp harga SMS makin turun..huhu..

~bkn ke elok jika tidak dinaikkan harga bhn api itu tp naikkan harga ROKOK, ARAK n lain2 bnde y xbermanfaat di mesia nih>??

~”mereka” kata paklah saje balas dendam sbb rakyat tamo undi BN.. kini mereka kebanyakannya menyesal undi BN pada pilihanraya lepas dan kbykknnya mereka dr negeri Sarawak n Sabah..

~ dgr khabarnya kadar Inflasi Negara naik dr 2.7% kpd 5%..ini juga akan memungkinkan lagi kadar peningkatan jenayah di Negara kita ini, sdgkn sms 2.7% pond ah cukup byk kadar jenayah y berlaku, apatah lg 5% ini..

~yang paling aku andaikan semasa 1st2 munyak naik dlu is dat abes la Negari2 maju mcm Selangor(walaupon byk hutang) jd cam negeri2 miskin especially negeri y aku bermastautin skrg ini Sarawak..Apa y berlaku>?..hehe..asal naik kete je kne bkk tingkap..gler punye nk save lg2 stdnt UiTM disana..

……………………………………….

Terbaca blog mufti perlis

MINDA MUFTI



ttg kisah Khalifah Islam ke2 y menangani masalah ekonomi di negaranya.

Aku mula terfikir dan menafsir..



[idea diatas hnya dr fikrah n sumber manusia biase]

Tuesday, April 22, 2008

~Final Exam MOOD~


erm..
(pejam celik)x2 dah final exam..
bermulanya hari ini 22apr paper BEL260
then 26apr paper CTU151.
then 29apr paper SURvey181.
then 2mei BLD160.
then 4mei BLD153.
then 7mei BLD155.
and lastly 11mei BLD193.
finally ma ticket to KL 12mei..hehe

7 papers 4 dis sem..
doakan kejayaanku dlm setiap perkara..
begitu juga dgn sahabat2 lain y sedang mahupun akan menduduki peperiksaan..

bitTuafiq wanNajah..
~Ol da Best!~

Friday, March 07, 2008

.::PARAH~masih terfikir hingga kini::.

tatkala sedang asyik belayar di lautan internet ini..

bertemu aku sebuah lubuk ini..

tempat aku pancing ikan2 y sgt tegap lg berketul..


Banner yang terpampang berhampiran Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor dan di tepi jalan di Teluk Air Tawar, Butterworth


walaupun ini isu pilihanraya dan belum waktunya utk aku mengundi..

tp sbg muslim, perlulah sensitif ttg isu AQIDAH ini.

~"PERGI JAHANAM DGN ISLAM!!!"~???..wut da FISH?

nak hidupkn melayu la kononnya mereka[pembuat benner] tu..

teringat ala2 terngiang2 dlm akal fikiran aku akan kuliah2 n input2 time zaman skola dulu;

Firman Allah:


208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


Saiyidina Umar Al Khattab ra pernah berkata :

نحنُ قومٌ أَعزَّنا اللهُ بالإسلامِ فَمَهْمَا نَبْتَغِ عِزَّ بِغَيْرِ ما أَعَزَّنا اللهُ أَذَلَّنا الله

Kita adalah suatu kaum yang diberi kekuatan oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kekuatan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt .

.................................................................

utk maklumat lanjut ttg gambar itu..
sila klik sini atau gambar td~

Tuesday, January 22, 2008

7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat




~artikel ini dipetik dari DAKWAH.INFO agar menjadi peringatan buat diriku y makin hanyut n kian Alpa~

.::dan alangkah indahnya jika dapat berkongsi dgn pembaca..moga kekal dlm hasanah::.


Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib

lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Sunday, December 16, 2007

kembali memblog?

Assalamualaikum..


sekian lama telahku kuburkan undergroundscientist nih..
pernah juga dulu terasa spt sangat2 teringin utk apdet ala2 refreshingkn blog nih..
tp hanya keinginan tnpa usaha ternyata tidak membuahkan hasil y nyata..
hingga kini..
sebenarnya bkn usaha itu y tidak dilakukan,cumanya bila dah mngadap komputer tu mulalah terpikir nk buat mcm2..
nk wat itu lah, ini lah..
biasalah..sifat manusia..sntiasa inginkn kesempurnaan ala2 kegempakan..
last2 tak tau nk wat ape n last2 gak satu ape pn xjd..
kini ku sedari kesempurnaan itu hanyalah utk "pencipta manusia" sahaja..

kekadang juga aku dah planning nak tulis itu ini..semuanya tersemat baik dlm memori kepala aku..
tp bile nk di uploadkn idea2 itu kedlm blog nih je,
time tuh la server down, takleh nk login, laptop tade bateri, dll..
juga time tuh ku sedari bhwsanya kita hanya merancang,tp Allah y menentukannya..
ianya juga telah bercanggah dgn iklan celcom "segalanya ditgn anda"

ade gak aku terasa itu sume cm alasan je semata.
bak kata pepatah undergroundscientist.
nk seribu "newton",xnk seribu "pascal"..

kini aku sering ditekan oleh rakan2 bloggerku juga peminat blog y lain..
[basyir,umar,amad,ideen,haidar,izzat,fayyad,mubin, dll]..
*"update lah blog"
*"rindukan sentuhan blog abg itu"
*"nanja aa IB!..aku ingat blog ko dah mati..update and aku promot.."
*"bile nk apdet?"
*"eee.blog dia dh berabok"
*"ib...rajin2la update blog..duk dpn kmp 24jm..xkn xde mase kot.buat 'luar biasa' skit..not like others..heh"
*"dh dok sarawak,lpekn blog plak"
*"rasanya blog tuh dh reput ke kt dlm tanah perkuburan ko tuh?"
*"aja2 faighting!"
*"go go i'll support u from back la!"
*dll..
haiyaa!~..
rase cm supportive ade,cm kne kutuk pn ade..mcm2 ada~..
tp take positve je lakn..

akhir sekali aku terfikir..
"ape motif nk apdet blog?"
"sbb ape kwn2 beriya2 sgt suh aku apdet blog?"
"ade pape kelebihan ke pada blog aku nih?"

jdnya aku akan mencuba utk updet biarpon sedikit..
setelah sekian lama aku fikirkan..
blog ini bole serba sedikit membantu aku dr segi semangat, motivasi, dan mujahadah aku agar diri aku tidak mudah hanyut dgn suasana jahiliyyah di "tmpt" itu..

terngiang2 di benak akal fikiranku..
baik ade walaupun sedikit dr tade langsung..
sikit2 lama2 jd bukit..
sehari selembar benang lama2 jd kain batik..
ular sawa, ular kobra 2-2 tak makan betik..[teksal jek!]

.............................................................................................................
~insyaAllah undergroundscientist akan di "ress" balik..
perlukan sape2 y ade "yggleaf" or "tame" a.k.a holyDruid utk ress blog nih..~~
swt!~
hehe
.............................................................................................................

neway, kamsahamnida 'ala kulli hal kpd keluarga n rakan2 seperjuanganku dll y masih menyokongku..

~Ya muqallibal qulub.. thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik wa 'ala toriqi da'watik~

Saturday, August 11, 2007

ramadhan??..

kini ku teramat merindui kedatangan Ramadhan..
juga keluarga dan sahabat2ku di seberang laut sana..

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “
[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

30 ramadhan n 1 syawal thn ini adalah amat berharga bagiku..
pd hari itu adalah bersamaan 12 oktober = tarikh lahirku..

Tuesday, March 13, 2007

~segalanya ada hikmahnya~




Pada-Nya Kita Memuji....Pada-Nya kita memohon...Pada-Nya Kita berserah....

12 Mac 2007...Tarikh yang penuh makna bagi sesetengah Insan
Keputusan peperiksaan yang ditunggu telah pun keluar, pelbagai reaksi timbul daripada mereka yang berkenaan*
Ada yang gembira....tidak kurang yang bersedih....boleh tahan ramai yang terkejut....
Itu adalah hak masing-masing....setelah berusaha sebaik mungkin dan bertawakal....

.....................................................
Aku tujukan ayat Quran ini bagi yang berjaya mencapai apa yang dihajati...
"....Dia berkata: Ini adalah anugerah dari Tuhan-Ku untuk menguji apakah aku bersyukur atau aku tidak mengenang anugerah itu. Dan barangsiapa yang bersyukur, maka dia bersyukur pada dirinya sendiri dan barangsiapa yang kufur, Sesungguhnya Tuhan-Ku Maha Kaya lagi Maha Pemurah."
(an-Naml:40)

.....................................................
Bagi yang sebaliknya..... Jangan bersedih... Jangan berduka...
**Bergembiralah dengan ayat-ayat Allah ini....

"..Terimalah apa yang telah Allah berikan pada kamu dan jadilah mereka yang bersyukur.."
(al-A'raf:144)

" Sesungguhnya bisikan itu daripada syaitan untuk membuat orang beriman bersedih..."
(al-Mujadalah:10)

"...tiada sekali-kali apa yang menimpa kami kecuali telah ditetapkan Allah utk kami.."
(at-Taubah:51)

"...barangkali Allah mahu membuat sesudah itu satu hal yang baru."
(at-Tolaq:1)

"..Kesejahteraan dan berbahagialah ke atas kamu kerana telah bersabar menerima cubaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.."
(ar-Ra'ad:24)

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan"
(al-Insyirah:6)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kesimpulannya....
" ...(Kami jelaskan itu) supaya kamu tidak berdukacita dengan apa yang hilang dari kamu dan supaya kamu tidak terlalu gembira dengan apa yang diberikan-Nya padamu.."
(al-hadiid:23)

Sunday, February 25, 2007

Do the very right thing, at the very right time

Assalamaualaikum warahmatullah..
Well then.. since months there was no post.
I wonder why I myself getting so bored (actually not really bored) but just felt the unnecessary to write. And I don't really think I need to... I wonder if there were my loyal readers (if there is any) that awaited me to begin posting again.. And I don't really think I am doing it. I think I could be sorry for some readers that awaited my posting, though it happened to be nobody.

Well, things usually come to you unpredictable. And the too good thing is too good to be true. So then, just realize that you live in reality, and the reality is just going to be what it has to be. Within the full of the selfishness of humanity, the world is just going to be what it is led. So that's the philosopher's ideology. The world will just happen to be demolished by people, someday .. (they said).

And then, people will begin to realize, that all these things are going to the destination so far away, and so not known by our mind.. so not been realized and cannot be experienced, and that is the "nothingness".

People who believe the "nothingness" is the last destination of living things will live to justify and satisfy themselves, and always keep in their mind this quote : 'Life is only One, just live the way you want, before you die that you could have nothing to be lived for'. The principle of the nothingness is spread throughout the world, by the Atheist, of course. The theory and ideology will destroy the human being themselves and to provide them (the Atheistic Thinking Founders) the better medium to have the world on their own. eg.. (Illuminati, Freemason, Nazisme, Communism and etc).

So then, all people will live to better their own life.

But there are some circumstances, that some people somehow realize that their life is not only for one-self, but they live in community, which will provide the ecosystem goes stable for itself. So that 'some' people live to better other people lives, and to contribute as much as they can, to better the humanity. There were so many people believing in that thoughts, as they think they could change the world to the way they want it to be, in a simple way, to bring the world to PEACE and better the condition.

But then, the world is just going to destroy.. again and again..

There were many philosophers, spreading their ideologies, and all their purposes is same, and only one. That is to bring the world to the way it has to be (PEACE).

The only solution that nobody can deny, is to learn from history, how the world could be, and which era the world will get the peace all-over it. And nobody can deny, that the old generation can get their golden era when ISLAM is their source of their living method. The methodology from their implementation is that, they knew what to do first, and they can differentiate the priority of their work. All people want to do good things, but few of them know the top priority of it.

And lastly, our priority now is to change ourselves, the way you want the world to change itself, of course, our Prophet had already shown us the very trusted way to PEACE, just get it started, and the world will start to follow.

= My Unconsciously Thought of My Boredom =
= I am one of you =

~the idea came from metafora's "fikrah"~..thanks pal..

my personality from The Three Question Personality Test

Your Personality Is
Rational (NT)

You are both logical and creative. You are full of ideas.You are so rational that you analyze everything. This drives people a little crazy!
Intelligence is important to you. You always like to be around smart people.In fact, you're often a little short with people who don't impress you mentally.
You seem distant to some - but it's usually because you're deep in thought.Those who understand you best are fellow Rationals.
In love, you tend to approach things with logic. You seek a compatible mate - who is also very intelligent.
At work, you tend to gravitate toward idea building careers - like programming, medicine, or academia.
With others, you are very honest and direct. People often can't take your criticism well.
As far as your looks go, you're coasting on what you were born with. You think fashion is silly.
On weekends, you spend most of your time thinking, experimenting with new ideas, or learning new things.



hurm..bole caye ke bende nih..
~tp, agak banyak gak laa y kene~

y paling2 kene skali experimenting with new ideas..hehehe

Saturday, February 24, 2007

akhirnya..


dalam cuaca bilikku y sejuk sedangkan suasana diluar kota Kahera sedang panas membahang sekarang ini. Aku tetap kuatkan semangatku untuk merepair ala2 menghidupkan kembali blog aku y kian lama telah terkubur ini walaupon minggu depan aku ade exam..


~~tapi..aku tetap tade mood nak posting pape lg..so,enjoy ur self~~



Sunday, August 27, 2006

.::sahabat::.




Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpadengan orang yang salah sebelum menemui insanyang betul supaya apabila kita akhirnya menemuiinsan yang betul, kita akan tahu bagaimana untukbersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmahdi sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satupintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbukatapi lazimnya kita akan memandang pintu yangtelah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidaknampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yanganda boleh duduk di dalam buaian dan berbuaibersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudianberjalan pulang dengan perasaan bahawa itulahperbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yangtelah kita punyai sehinggalah kita kehilangannyadan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yangkita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlahsatu kepastian yang mereka akan menyintai andakembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hatimereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah iaterus mekar di dalam hati anda. Ia cumamengambil masa seminit untuk jatuh hati padaseseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapiiamengambil masa sepanjang hidup untukmelupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana bolehjadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan keranaianya akan susut. Carilah seseorang yangmembuatkan anda tersenyum kerana ia cumamemerlukan sekuntum senyuman untukmencerahkan hari yang suram. Carilah yangmembuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satuketika di dalam kehidupan apabila andateramatkan rindukan seseorang sehingga andaingin menggapainya dari mimpi anda danmemeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilahke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilahapa yang anda inginkan kerana anda hanyamemiliki satu kehidupan dan satu peluang untukmelakukan semua perkara yang ingin andalakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukupuntuk membuatkan diri anda menarik, percubaanyang cukup untuk membuatkan anda kuat,kesedihan yang cukup untuk memastikan andaadalah seorang insan dan harapan yang cukupuntuk membuatkan anda bahagia. Selalubayangkan diri anda di dalam diri seseorang. Jikaanda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah iamungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalananhidup mereka. Kebahagiaan terletak kepadamereka yang menangis, mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telahmencuba. Hanya mereka yang boleh menghargaikepentingan manusia yang telah menyentuh hidupmereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar denganciuman dan berakhir dengan tangisan. Masadepan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupanyang lalu yangtelah dilupakan. Anda tidak bolehmeneruskan kehidupan dengan sempurnasehingga anda melupakan kegagalan dankekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan,anda menangis dan orang di sekeliling andatersenyum. Teruskanlah hidup anda supayaapabila anda mati nanti, andalah yang akantersenyum dan orang sekeliling anda pula yangakan menangis.


Saturday, December 24, 2005

..::..hatiku milikmu..::..

Semakin kuusir semakin ia hadir,

Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,

Kusedar kini,

HATIKU MILIKMU

Biarpun jauh kularikan diri,

Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…
...........................................................................................

Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.

................................................................

ade org kasi kat aku cerpen nih..
memula aku dapat cerpen nih..aku rase cam malas nak bace..
pasal aku igtkan cam cerpen lain2..jiwang, lalai, tade motif, dll..
tp aku cube utk bace gak, pasal mesti ade ape2 sbb die kasi cerpen tuh kat aku..
n bile aku bace intro..
first time aku tau ade cerpen jiwang ala2 fikrah..
n first time aku jumpe cerpen jiwang tp dr hati seorg lelaki..
n banyak betul terkena pada aku..
jd aku tertarik utk membacanya..
n amat perit utk aku mendalaminya

terima kasih pd kawanku y sudi memberikan cerpen y penuh makna ini..
kini ku fahami apakah maksudmu itu..

....................................................................

bagi sesiapa y ingin mengalaminya...
bace, selami hayati n fahami..
terimalah .::Hatiku Milikmu::.

Sunday, December 11, 2005

ciri2 pelajar skor A1 dlm KIMIA...by mllmh Noridah Seman


Berdasarkan pengalaman mllmh sebagai seorang guru kimia, pelajar- pelajar yang berpotensi skor A1 mempunyai ciri-ciri berikut :

1.
Menghormati guru kimia. Pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya menghormati mllmh. Mereka menghargai apa yang mllmh lakukan untuk meningkatkan prestasi pencapaian KIMIA mereka.

2.
Berminat terhadap KIMIA. Pelajar ini biasanya suka belajar KIMIA. Kadang-kadang mllmh menanya mereka mengapa suka KIMIA, pelajar-pelajar ini cuma menjawab : "Tak taulah mllmh, ana just suka saje". Beberapa orang pelajar yang skor A1 dalam KIMIA memberitahu mllmh mereka ingin memohon kursus Chemical Engineering selepas mendapat keputusan mereka.

3.
Membaca sebelum mllmh mengajar. Daripada tinjauan mllmh, pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya membaca sesuatu tajuk kimia sebelum mllmh mengajar. Kadang-kadang latihan yang belum disuruh buat sudah dijawab dengan lengkapnya. Ada pula meminjam nota daripada kelas lain yang saya mengajar lebih awal. Apabila mllmh mengajar, dia sudah ada nota dan hanya menumpukan perhatian terhadap keterangan mllmh sahaja.

4.
Selalu berbincang dengan mllmh, Pelajar ini biasanya akan berjumpa mllmh selepas pengajaran. Mereka akan menanya berbagai soalan yang mereka tidak faham atau keliru.

5.
Mempunyai pelbagai buku rujukanPelajar ini biasanya ada beberapa buah buku rujukan dan buku latihan tambahan.

6.
Membuat latihan dengan daya usaha sendiri, Pelajar ini membuat semua latihan yang mllmh berikan dengan daya usaha sendiri. Mereka tidak pernah menyalin jawapan daripada rakan-rakannya.

7.
Membuat persediaan lebih awal sebelum peperiksaan KIMIA, Pelajar ini biasanya membuat persediaan yang lebih awal sebelum ujian atau peperiksaan kimia. Mereka akan menanya mllmh skop ujian atau peperiksaan yang akan diadakan.

8.
Bertawakkal kepada Allah, Pelajar ini biasanya akan bertawakkal kepada Allah selepas mereka berusaha. Ini menambahkan lagi keyakinan dan potensi mereka untuk menceburi bidang ini.
firman Allah [faiza 'azamta fatawakkal 'alallah] & [innallaha yuhibbul mutawakkilin].

...............................................................

so, Adakah anda juga menunjukkan ciri-ciri di atas ?

Jika ya, maka tahniah ! Anda juga merupakan seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.

Jika tidak, maka jadikanlah ciri-ciri di atas sebagai panduan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.

Tuesday, December 06, 2005

gEneRosiTy

Free Image Hosting at <a href=www.ImageShack.us" />


Want to give yourself an instant boost? Be generous to someone and see how great it makes you feel.

Have you been treated rudely, or been the victim of greedy manipulation? Be generous to someone and see how quickly you get beyond that bitter, negative mind-set.

Want to make this a really great day? Then spend it taking advantage of opportunities to give of yourself to others.

You don't need to have a lot of money or spare time or expertise in order to be generous. There are opportunities for sincere generosity in every situation, all day long.

With an attitude of generosity, the experience of life will rise to a higher level of richness and beauty. Each moment lived with generosity will be a moment lived with real and lasting joy.

Give of yourself. And be amazed at how very much real value you receive